Perbezaan antara semakan "Ōkunoshima"

3,281 bait ditambah ,  1 tahun lalu
Menyiapkan laman.
(Menambah maklumat, akan menambah esok)
(Menyiapkan laman.)
 
Pulau tersebut merupakan sebuah kawasan tanaman sehingga [[Perang Jepun-Rusia]] apabial sepuluh kubu dibina untuk melindunginya. Tiga keluarga pemancing tinggal di pulau itu.<ref name=":0">Yuki Tanaka. "Gas Beracun: Kisah Yang Jepun Hendak Lupa". ''Bulletin of the Atomic Scientists'', October 1998. pp. 10-19.</ref>
 
Pada tahun 1925, Institusi Sains dan Teknologi [[Tentera Darat Imperial Jepun]] memulakan program rahsia untuk mencipta senjata kimia, berdasarkan kajian yang luas yang menunjukkan bahawa senjata kimia dicipta di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.<ref name=":0" /> Jepun merupakan salah satu penandatangan dalam [[Protokol Geneva]] pada tahun 1925 yang melarang penggunaan perang kimia. Walaupun penciptaan dan penyimpanan senjata kimia tidak diharamkan, Jepun memastikan kerahsiaan penciptaan senjata kimia yang dijalankan pada tahun 1929 dengan ketat, sehingga membuang rekod pulau Ōkunoshima daripada beberapa peta.<ref>"Permulaan Kilang Beracun" (Pameran Muzium Gas Beracun Ōkunoshima: Pulau Ōkunoshima, Wilayah Hiroshima), dilawat pada DecemberDisember 10, 2006.</ref> Kilang tersebut dibina dari tahun 1927 sehingga tahun 1929, dan merumahkan sebuah fasiliti senjata kimia yang menghasilkan lebih daripada enam kilotan gas mustard dan gas pemedih mata.<ref name=":0" />
[[Fail:Gasfactoryruins.JPG|thumb|300x300px|Robohan kilang menghasilkan gas (dan stesen kuasa digambarkan di sini yang membekalkan tenaga kepadanya), masih berdiri sehingga kini.]]
Pulau tersebut dipilih untuk kesunyiannya, kesangsian kepada keselamatan, dan kerana ia cukup jauh dari [[Tokyo]] dan kawasan lain sekiranya berlaku bencana. Di bawah kuasa angkatan tentera Jepun, pemproses pengawet ikan tempatan ditukarkan kepada sebuah reaktor gas toksik. Penduduk tempatan dan pekerja yang mungkin akan bekerja tidak diberitahu apa yang dihasilkan oleh kilang itu dan semuanya dilindungi sebagai rahsia; suasana pekerjaan agak kasar dan ramai menderita daripada penyakit berkaitan pendedahan toksik.
Robohan kubu lama dan kilang gas itu boleh dijumpai di seluruh pulau; kemasukan dilarang kerana ia terlalu bahaya. Disebabkan oleh pulau tersebut sebahagian daripada sistem Taman Negara Laut Pedalaman Jepun, terdapat sebuah pusat sumber bahan dan muzium gas terletak di seberang laluan.
 
Pada tahun 2015, [[BBC]] mempersembahkan sebuah siri televisyen pendek dinamakan ''Pets - Wild at Heart,'' yang mencirikan tingkah laku haiwan peliharaan, termasuk arnab di pulau berkenaan. Siri tersebut menunjukkan banyak pelancong yang datang untuk memberi makan kepada arnab.<ref>[http://www.bbc.co.uk/programmes/b050d3fx "''Pets - Wild at Heart"''] ''bbc.co.uk''</ref>.
 
== Muzium Gas Beracun ==
[[Fail:Dokugasmuseum.JPG|thumb|300x300px|Muzium Gas Beracun yang dibuka pada tahun 1988 untuk mengajar orang ramai tentang peranan pulau tersebut dalam Perang Dunia Kedua.]]
Dibuka pada tahun 1988, muzium itu "dibina untuk memberi amaran tentang kebenaran mengerikan tentang gas beracun kepada seramai orang yang mampu."<ref>"Muzium Gas Beracun Ōkunoshima" (ŌkunosPameran Muzium Gas Beracun Ōkunoshima: Pulau Ōkunoshima, Wilayah Hiroshima), dilawat Disember 10, 2006.</ref>
 
Hanya sebesar dua bilik, bangunan kecil itu membekalkan sebuah gambaran kesuluruhan biasa tentang pembinaan kilang itu, suasana pekerjaan dan kesan gas beracun kepada manusia. Keluarga pekerja yang menderita daripada kesan bekerja di kilang itu menderma beberapa artifak untuk membantu bagi menceritakan nasib pekerja apabila mengendali gas dengan alatan keselematan yang buruk yang sering rosak.
 
Bilik kedua menunjuk bagaimana gas beracun menjejaskan tubuh badan manusia melalui peparu, mata, kulit dan jantung. Gambar mangsa dari Iran dan Iraq menambah amaran muzium tersebut.
 
Sebagai mana yang telah diluahkan oleh bekas penjaga muzium, Murakami Hatsuichi, kepada ''The New York Times'', "Harapan saya adalah orang ramai akan melihat muzium di Bandar Hiroshima dan muzium ini, agar mereka akan belajar bahawa kami (orang Jepun) merupakan kedua-dua mangsa dan peyerang dalam peperangan. Saya harap orang ramai akan menyedari kedua-dua aspek dan kepentingan kedamaian."<ref>Nicholas D. Kristof, “Jurnal Okunoshima; Sebuah Muzium Untuk Mengingatkan Orang Jepun Tentang Kesalahan Mereka Sendiri,” ''The New York Times'', Ogos 12, 1955, sec. 1, p. 2.</ref>
 
Di muzium berkenaan, pelawat boleh mengambil panduan ke beberapa robohan kubu yang ditubuhkan ketika [[Perang China-Jepun Kedua]] dan kilang gas beracun. Kebanyakan bangunan telah rosot, namun masih boleh dikenali.
 
Muzium tersebut ditujukan terutamanya kepada rakyat Jepun, tetapi terjemahan bahasa Inggeris disediakan di ulasan kesuluruhan setiap bangunan.
 
== Perjalanan ==
Cara terbaik untuk pergi ke pulau dari kawasan utama adalah dengan menaiki kereta api Sanyō Shinkansen ke Stesen Mihara (hanya kereta api Kodama berhenti di sana); di Mihara, naik kereta api Kure Line tempatan ke stesen Tadanoumi, dari sana, berjalan ke terminal dan tumpang feri. Habu Shesen sekarang juga menjalankan feri laluan terus dari Pelabuhan Mihara ke Okunoshima pada hujung minggu.<ref>http://rabbitisland.com/access.htm</ref>
 
== Juga lihat ==
 
* [[Tashirojima]], Jepun, juga dikenali sebagai Pulau Kucing disebabkan oleh bilangan kucing yang tinggi
* [[Aoshima, Ehime]], sebuah "Pulau Kucing" yang lain di Jepun
 
== Rujukan ==
<references />
 
== Pautan luar ==
{{Commons}}<br />
 
* [http://okunoshima.com/ Maklumat terkini tentang cara untuk pergi ke Pulau Arnab]
* [http://www.qkamura.or.jp/en/ohkuno/ Kyukamura Ohkunoshima Pulau Arnab]
* [http://apike.ca/japan_okunoshima.html Tapak-maklumat tentang Wilayah Hiroshima di pulau]
* [https://www.jstor.org/stable/3432809 Kertas dari Dr. Yukutake tentang penggunaan dan rawatan gas beracun]
* [https://www.youtube.com/watch?v=Nj5qfO0UqQA Sebuah video YouTube yang menunjukkan arnab tersebut mengejar pelawat]
 
[[Kategori:Pulau di Jepun]]
[[Kategori:Pulau Haiwan]]
[[Kategori:Gas beracun]]
302

suntingan