Perbezaan antara semakan "Tavan Bogd"

2,959 bait ditambah ,  1 tahun lalu
Menambah maklumat, akan menambah esok
(Mencipta laman, akan menambaah maklumat)
 
(Menambah maklumat, akan menambah esok)
== Sempadan antarabangsa ==
Berdasarkan perjanjian tiga pihak dan peta topografi yang diterbitkan yang relevan, titik pertemuan sempadan China-Rusia, sempadan China-Mongolia dan sempadan Mongolia-Rusia ialah di titik tertinggi sebuah puncak dengan ketinggian 4081 meter atau 4104 meter, di koordinat 49°10′13.5″N 87°48′56.3″E.<ref name=":0">[http://old.lawru.info/base32/part9/d32ru9848.htm ПРОТОКОЛ-ОПИСАНИЕ ТОЧКИ ЗАПАДНОГО СТЫКА ГОСУДАРСТВЕННЫХ ГРАНИЦ ТРЕХ ГОСУДАРСТВ МЕЖДУ ПРАВИТЕЛЬСТВОМ Российской Федерации, ПРАВИТЕЛЬСТВОМ МОНГОЛИИ и ПРАВИТЕЛЬСТВОМ КИТАЙСКОЙ НАРОДНОЙ РЕСПУБЛИКИ (ПОДПИСАН в г. ПЕКИНЕ 24.06.1996)] (Protokol dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menyatakan titik pertemuan barat sempadan ketiga-tiga negara itu. Ditandatangan di Beijing pada Jun 24, 1996) (dalam bahasa Rusia)</ref><ref name=":1">[https://web.archive.org/web/20190510091510/http://old.lawru.info/base33/part6/d33ru6020.htm Соглашение между Правительством Российской Федерации, Правительством Китайской Народной Республики и Правительством Монголии об определении точек стыков государственных границ трех государств (Заключено в г. Улан-Баторе 27 января 1994 года)] (Perjanjian dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menentukan titik-titik pertemuan bagi sempadan ketiga-tiga negara itu) (dalam bahasa Rusia)</ref><ref>[http://www.mountain.ru/world_mounts/altai/2006/M45-104.jpg Peta Topo M45-104] Soviet, skala 1:100,000 (dalam bahasa Rusia)</ref> Dalam peta dan perjanjian tersebut, puncak gunung tersebut dirujukkan sebagai Puncak Tavan Bogd ([[Bahasa Rusia]]: Таван-Богдо-Ула, Tavan-Bogdo-Ula; [[Bahasa Mongolia]]: Таван Богд Уул, Tavan Bogd Uul), atau Gunung Kuitun ([[Bahasa Cina]]: 奎屯山; [[pinyin]]: ''Kuítún shān'').<ref name=":0" /><ref name=":1" /><ref>[http://www.npc.gov.cn/wxzl/wxzl/2001-01/02/content_3265.htm 中华人民共和国和俄罗斯联邦关于中俄国界西段的协定] (Perjanjian antara China dan Rusia berkaitan dengan bahagian barat sempadan China-Rusia) 1994-09-03 (dalam bahasa Cina)</ref>
 
<br />
Disebabkan oleh lokasinya yang terpulau dan sukar untuk dicapai, di atas gunung yang dilapis oleh salji yang kekal, ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk tidak menubuhkan sebuah penanda sempadan di titik pertemuan bertiga itu.<ref name=":0" />
 
Sumber lain mengatakan bahawa titik pertemuan bertiga itu dinamakan Puncak Nairamdal, tetapi ini tidak disahkan oleh sama ada persetujuan rasmi atau peta.
 
Beberapa puncak massif Tavan Bogd yang lain terletak di sempadan China-Mongolia atau sempadan Mongolia-Rusia. Secara khususnya, titik tertinggi massif itu, Puncak Khüiten, boleh dijumpai di sempadan China-Mongolia, kira-kira 2.5 kilometer selatan dari titik pertemuan bertiga itu. Ketika masa dulu, ia dikenali sebagai "Puncak Persahabatan" (''Nairamdal Uul'' dalam bahasa Mongolia, atau ''Youyi Feng'' 友谊峰 dalam bahasa Cina).<ref name=":2">Krumwiede, Brandon S.; Kamp, Ulrich; Leonard, Gregory J.; Kargel, Jeffrey S.; Dashtseren, Avirmed; Walther, Michael (2014), "Perubahan Glasier Terkini Di Pergunungan Altai Mongolia: Kajian dari Munkh Khairkhan dan Tavan Bogd", dalam Kargel, Jeffrey Stuart (ed.), ''[https://books.google.com.my/books?id=sdkkBAAAQBAJ&pg=PA481&redir_esc=y Global Land Ice Measurements from Space]'', Springer-Praxis siri geofizik, Springer, pp. 481–509, ISBN 3540798188</ref>
 
== Puncak-puncak ==
Puncak-puncak utama massif Tavan Bogd ialah:
{| class="wikitable"
|+
!Nama
!Ketinggian ([[meter]])
|-
|Puncak Khüiten
|4,374
|-
|Puncak Nairamdal
|4,180
|-
|Puncak Bürged
|4,068
|-
|Puncak Malchin
| rowspan="2" |4,050
|-
|Puncak Olgii
|}
 
== Glasiasi ==
[[Fail:Tavan Bogd Mountains.jpg|thumb|Pergunungan Tavan Bogd dan glasier]]
Berdasarkan pengukuran satelit, jumlah kawasan glasiasi di kawasan massif Tavan Bogd berjumlah 204 kilometer persegi pada tahun 2009.<ref name=":2" /> Kawasan glasier berjumlah 213 kilometer persegi pada tahun 1989; dalam kata-kata yang lain, glasier hilang 4.2% daripada kawasannya dalam masa 20 tahun.<ref name=":2" />
 
Daripada negara-negara yang kongsi massif itu, kawasan dengan paling banyak glasier terletak di Mongolia; ia mengandungi Glasier Potanin (terpanjang Mongolia) dan Glasier Alexandra.
 
Berdasarkan sebuah anggaran pada tahun 2011, cerun utara (Rusia) massif Tavan Bogd mengandungi 12 glasier, yang melapis sejumlah 22.8 kilometer persegi.<ref name=":3">Chistyakov, K. V.; Ganiushkin, D. A. (2015), "Glasiasi dan Fenomena Thermokarst dan Bencana Alam di Pergunungan di Barat Laut Asia Tengah", dalam Culshaw, Martin; Osipov, Victor; Booth, S.J.; et al. (eds.), ''Environmental Security of the European Cross-Border Energy Supply Infrastructure NATO Science for Peace and Security Series C: Environmental Security'', Springer, pp. 207–218, ISBN 940179538X</ref> Berdasarkan pengkaji Rusia itu, glasier cerun utara massif itu kehilangan 11% daripada kawasannya antara tahun 1962 hingga tahun 2002, dan 12% lagi antara tahun 2002 hingga tahun 2009.<ref name=":3" />
 
== Rujukan ==
302

suntingan