Perbezaan antara semakan "Aziz Singah"

310 bait ditambah ,  1 bulan lalu
Pengemasan dan kemaskini.
(Kemaskini.)
(Pengemasan dan kemaskini.)
}}
 
'''Datuk Abdul Aziz Eddy Zaid Singah''' (3 Oktober 1941-1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki [[Malaysia]] yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.<ref>Farhana Ab Rahman (2 Julai 2016). [https://www.bharian.com.my/node/170658 Aziz Singah sukar dicari ganti - Yusof Haslam] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 24 November 2016.</ref>
 
Dilahirkan di [[Rembau]], [[Negeri Sembilan]], Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa.<ref name="Asal usul nama Singah"/> Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan [[Leftenan Adnan]] terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu [[Perang Dunia Kedua]]. Usia Aziz ketika itu dua bulan.<ref name="Asal usul nama Singah"/> Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).<ref name="Asal usul nama Singah"/>
 
==Kehidupan peribadi dan kematian==
Aziz telah berkahwin sebanyak dua kali, beliau berkahwin dengan pelakon [[Khatijah Abu Hassan]] pada 1967 dan bercerai pada 1990, pasangan ini dikurniakan tiga anak. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada 1991 dan dikurniakan tiga lagi anak.<ref>[https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/07/02/aziz-singah-meninggal Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat] ''[[mStar Online]]'' (1 Julai 2016). Dicapai pada 1 Ogos 2016.</ref> Beliau meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun.<ref>[https://www.bharian.com.my/node/170548 Aziz Singah meninggal dunia] ''[[Berita Harian]]'' (2 Julai 2016). Dicapai pada 22 Mei 2018.</ref> Beliau meninggalkan balu, Datin Zunita dan enam anak yang semuanya lelaki. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid [[Universiti Putra Malaysia]] (UPM), [[Serdang]], [[Selangor]] dan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh, Rembau.<ref>[http://www.astroawani.com/berita-hiburan/jenazah-pelakon-aziz-singah-selamat-dikebumikan-di-rembau-109875 Jenazah pelakon Aziz Singah selamat dikebumikan di Rembau] [[Astro Awani]] (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.</ref><ref>[https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/07/02/jenazah-aziz-singah-selamat-dikebumikan Jenazah Pelakon Veteran Aziz Singah Selamat Dikebumikan Di Rembau] [[mStar Online]] (2 Julai 2016). Dicapai pada 24 November 2016.</ref> <ref>Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (2 Julai 2016). <ref>[https://www.bharian.com.my/node/170648 Jenazah Aziz Singah selamat dikebumikan] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 24 November 2016.</ref>
 
==Filemografi==