Cemburu Seorang Perempuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran disebabkan hasutan kakak angkatnya, Nad ([[Sabrina Ali]]). Rahsia disebalik perkahwinan tersebut terbongkar apabila Lea ([[Lisdawati]]) dan Sufian ([[Fauzi Nawawi]]) terbaca diari kepunyaan Dhiya. Sufian kemudian jatuh sakit akibat terkejut dengan rahsia tersebut kerana dia menyangka selama ini Dhiya bahagia dengan perkahwinan tersebut. Sebelum meninggal, Sufian sempat berpesan kepada Zikri agar membahagiakan Dhiya sepanjang hayatnya.
 
Nad yang sememangnya cemburu akan kebahagiaan adiknya itu membuatkan dia selalu menghasut Emilia agar mencurigai Zikri dan Dhiya. Hasutan demi hasutan itu membuatkan Emilia menjadi semakin hilang kewarasan akal fikirannya. Emilia selalu mengugut Zikri dengan mencederakan dirinya sendiri agar Zikri menceraikan Dhiya namun Zikri enggan menurut kemahuan isterinya itu disebabkan dia juga menyimpan perasaan cinta terhadap Dhiya sejak dari bangku sekolah lagi. Keadaan bertambah buruk apabila Dhiya disahkan mengandung buat kali kedua. Emilia yang mengetahui akan tentang kandungan Dhiya itu kemudian berusaha untuk memujuk kembali agar Dhiya kembali tinggal bersama mereka. Emilia beranggapan bahawa hanya dengan cara itu dia dapat bersama dengan anak yang dalam kandungan Dhiya serta, dapat mengawasi gerak-geri Zikri dan Dhiya. Disaat itu juga, munculnya Shah ([[Nazrief Nazri]]), dalam hidup Dhiya membuatkan Zikri sering dihimpit rasa cemburu.
 
Dhiya mula menyedari perubahan sikap yang ada pada Emilia setelah mendapati terdapat kesan luka dan lebam dibadan anak Emilia dan Zikri. Dhiya kemudian mencadangkan agar Zikri membantu Emilia untuk mendapatkan rawatan bagi mengubati penyakit kemurungan yang dialami oleh Emilia. Dhiya kembali me rumah Emilia setelahengetahui akan penyakit sahabatnya itu. Manakala Nad kini meninggalkan suaminya, Badri ([[Amir Nafis]]) setelah dia mendapati suaminya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. Tidak hanya itu, Nad sudah tidak sanggup lagi dipergunakan untuk membayar hutang-hutang suaminya itu. Disebabkan itu Nad kini sedar dan kemudian menemui Dhiya dan meminta maaf kepadanya diatas kesilapannya membenci Dhiya dan selalu menghasut Emilia sehingga adiknya itu berubah menjadi orang yang tidak waras.