Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
+可愛+天使 (bincang | sumb.)
kemaskini
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
Pada tahun [[1968|1969]], persidangan [[Majlis Raja-Raja|Majlis Raja-Raja Malaysia]] telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di [[Malaysia]], selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara [[Islam]] yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
 
Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).
 
Pada [[1 Januari]] [[1997]], selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, '''Jabatan Kemajuan Islam Malaysia''' (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).