Rampasan Air France 1976: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kainbiru (bincang | sumb.)
Kainbiru (bincang | sumb.)
Baris 27:
Perampas-perampas itu menahan penumpang-penumpang sebagai tebusan di dewan transit Lapangan Terbang Entebbe (sekarang adalah terminal lama), dan melepaskan sebilangan besar tebusan, menahan hanya orang-orang Israel dan Yahudi, yang mana mereka mengugut untuk membunuh sekiranya Israel tidak memenuhi tuntutan mereka.
 
Sebaik pengumuman oleh perampas-perampas bahawa krew pesawat dan para penumpang bukan Israel/Yahudi akan dibebaskan dan akan diletakkan di dalam pesawat Air France yang lain yang telah diterbangkan ke Entebbe bagi tujuan tersebut, Kapten Penerbangan 139 [[Michel Bacos]] memberitahu para perampas bahawa semua penumpang termasuk seorang lagi yang masih ada, adalah di bawah tanggungjawabnya dan beliau tidak akan meninggalkan mereka. Seluruh krew Bacos menurutinya. Seorang biarawati Kristian warga perancis turut enggan dan menuntut agar seorang tawanan menggantikan tempatnya, namun beliau dipaksa menaiki kapal terbang Air France yang disediakan oleh askar Uganda.<ref>{{cite news |author=Lauren Gelfond Feldinger |title=Back to Entebbe |url=http://www.jpost.com/servlet/Satellite?cid=1150885879544&pagename=JPost%2FJPArticle%2FPrinter| |publisher= [[Jerusalem Post]] |date=2006-6-29 |nota=Biarawati yang enggan dipisahkan dari tebusan Yahudi itu telah ditolak keluar dari dewan}}</ref> Kesemua 83 tebusan warga Israel/Yahudi dan 2o20 yang lain yang hampir kesemuanya ialah krew kapal Air France masih dalam tawanan.
 
==Serangan==