Rampasan Air France 1976: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 40:
Mecedes dan kenderaan pengiring dipandu laju oleh anggota serbuan ke terminal lapangan terbang dengan cara sama yang dilakukan Amin.Akan tetapi , disepanjang perjalanan , dua pengawal Uganda , yang tahu bahawa Idi Amin baru membeli sebuah Mercedes putih untuk menggantikan Mercedes hitam miliknya dahulu , mengarah agar kenderaan tersebut berhenti . Kedua-dua pengawal tersebut telah ditembak mati oleh komando Israel . Bimbang bakal mencetuskan kewaspadaan terhadap pihak penculik , pasukan serangan Israel bergegas masuk untuk menjalankan serangan.
 
Para tebusan berada dewan utama banggunan lapangan terbang, betul-betul bersebelahan ruang legar.Askar Israel meloncat dari kenderaan mereka dan terus menyerbu masuk terminal sambil menjerit, "Baring!Baring!" dalam kedua-dua bahasa [[bahasa Hebrew moden|Hebrew]] dan [[bahasa Inggeris|Inggeris]]. Seorang pemuda Perancis berbangsa Yahudi berumur 19 tahun Jean-Jacques Maimoni (yang memilih untuk mengidentifikasikan dirinya sebagai seorang Yahudi Israel walaupun dia memiliki pasport Perancis), bangun, namun dia telah dibunuh oleh komando Israel yang tersalah anggap bahawa dia merupakan penculik.Tebusan yang lain, Pasko Cohen, seorang pengurus dana insuran perubatan yang berusia 52 tahun, turut cedera dan mati disebabkan tembakan, samada dari penculik atau komando Israel.Tebusan ketiga beruisa 56 tahun, seorang Yahudi Rusia Ida Borochovitch, seorang yahudi Rusia yang telah berpindah ke Israel ,turut terbunuh dalam pertempuran antara penculik dan komando Israel. <ref>[http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3270314,00.html "Entebbe's unsung hero"], ''[[Ynetnews]]'', [[2006]]</ref> Pada satu ketika , seorang komando Israel melaung dalam bahasa Hebrew. "Di mana yang lain?" Dia ketika itu merujuk kepada penculik.Para tebusan menunjukkan ke arah pintu yang menghubungkan dengan dewan utama lapangan terbang , yang kemudiannya dilemparkan beberapa butir [[bom tangan]]. Kemudian mereka masuk kedalam dewan tersebut dan menembak mati baki 3 orang penculik sekaligus menyudahkan serangan mereka.
 
Dalam pada itu , tiga buah [[C-130 Hercules]] telah mendarat dan menurunkan beberapa buah [[kereta perisai]], yang digunakan untuk bertahan untuk pengisian minyak yang dijangka sejam, untuk memusnahkan jet Uganda yang berada di darat juga untuk mengelakkan mereka mengejar askar Israel selepas daripada berlepas dari Lapangan terbang Entebbe dan untuk mengumpulkan perisik.