Panglima tertinggi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 55:
 
===Indonesia===
Menurut Perkara 10 [[Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945|UndnagUndang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945]], [[Presiden Indonesia]] memegang kuasa tertinggi [[Tentara Nasional Indonesia]] (Angkatan Tentera). Operasi harian Angkatan Tentera diurus oleh [[Panglima Tentara Nasional Indonesia]] (singkatan '' Panglima TNI'', iaitu [[Pangkat empat bintang|pegawai 4-bintang]] yang terdiri dari kalangan [[Jeneral|Jenderal]] (Angkatan Darat/Marin), [[Laksamana]] (Angkatan Laut), atau [[Ketua Marsyal Udara|Marsekal]] Angkatan Udara).
 
Angkatan Tentara Indonesia mempunyai tiga cabang perkhidmatan: [[Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat|Angkatan Darat Indonesia]], [[Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut|Angkatan Laut Indonesia]] (termasuk [[Korps Marinir Indonesia]]), dan [[Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara|Angkatan Udara Indonesia]]. Setiap cabang perkhidmatan dikepalai oleh seorang Ketua Turus (juga berpangkat 4-bintang) yang mempunyai tugas mengembangkan profesionalisme perajurit dalam setiap cabang. Akan tetapi, kuasa memerintah dipegang oleh Panglima Angkatan Tentara Indonesia. Panglima TNI mengarah kuasa memerintah kepada Komando Utama Tempur daripada semua cabang perkhidmatan seperti [[Kopassus|Markas Pasukan Khusus]] , [[Kostrad|Markas Strategik Angkatan Darat]], [[Kodam|Markas Wilayah Tentera]], [[Markas Armada]], [[Kolinlamil|Markas Angkutan Laut]] , [[Markas Pertahanan Udara Nasional]] dan [[Markas Operasi Angkatan Udara]]. Panglima TNI dilantik oleh presiden dari kalangan ketua-ketua staf ([[Kepala Staf Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat|Angkatan Darat]], [[Ketua Turus Tentera Laut Indonesia|Angkatan Laut]], atau [[Ketua Turus Tentera Udara Indonesia|Angkatan Udara]]) dan mesti mendapat kelulusan dari [[Dewan Perwakilan Rakyat|Dewan Perwakilan]]. Ketua staf juga dilantik oleh presiden dari kalangan pegawai kanan tentera. Presiden selaku pemerintah tertinggi juga mempunyai kuasa dalam pertukaran dan kenaikan pangkat para pegawai kanan tentera semasa bertugas. [[Kementerian Pertahanan Republik Indonesia|Menteri Pertahanan]] mempunyai tanggungjawab untuk membantu presiden dalam hal ehwal pertahanan dan mencipta dasar-dasar tentang kebenaran penggunaan angkatan tentera, mengurus bajet pertahanan, dll. Bagi kebenaran penggunaan angkatan tentera atau pengisytiharan perang, presiden mesti mendapatkan kelulusan dari Dewan Rakyat. Panglima TNI memberi cadangan kepada menteri pertahanan dalam mewujudkan dasar-dasar pertahanan negara.