Proton Waja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
Pada penghujung [[2005]], Proton memperkenalkan satu lagi varian eksklusif yang dikenali sebagai '''Proton Waja Chancellor''' yang turut digunakan oleh para perwakilan negara-negara [[ASEAN]] semasa persidangan di [[KLCC]] sebelum pelancarannya. Model tersebut menggunakan enjin [[Enjin Mitsubishi 6A1x|6A12]] 2.0L [[V6]] yang turut digunakan pada [[Proton Perdana]].
 
Hanya pada tahun 2006 barulah [[enjin Campro]] digunakan pada Proton Waja. Enjin tersebut lebih berkuasa sedikit daripada yang digunakan pada [[Proton Gen-2]] disebabkan sistem kemasukan udara yang berbeza serta ECU yang dipeta semula. Pada tahun 2008 pula, Proton Waja kini digerakkan oleh [[enjin Campro|enjin Campro CPS]] yang lebih berkuasa serta dilengkapi sistem [[pemasaan injap boleh laras]].
 
Proton Waja mengalami perubahan rupa bentuk sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2006 dan pada tahun 2007. Model tahun 2007 turut menyertakan ciri keselamatan seperti [[beg udara]], [[sistem brek cegah kunci|ABS]] dan [[Sistem pengagihan daya brek elektronik|EBD]] yang sebelum ini menjadi ciri pilihan dalam model sebelumnya sebagai ciri utama.