Perbezaan antara semakan "Bunga April"

1 bait ditambah ,  1 tahun lalu
Pengemasan.
(Kemaskini.)
(Pengemasan.)
Mengisahkan dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wangsa Holding, dimana ketokohan dan kewibawaan Tan Sri Azmi (Mustapha Kamal) diwarisi oleh anak kandungnya, Azman (Zack X-Factor). Terkenal dengan karisma yang tinggi, Azman dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman juga menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah (Noniswara), seorang ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.
 
Berbanding Azman, Johar (Shahz JazleJaszle) pula berbeza acuannya. Merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil daripada perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah (Aida Aris), Johar lebih selesa jika tidak bergelumang di dalam dunia korporat. Mewarisi sikap rendah diri dan keperibadian yang sederhana daripada ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua di dalam apa sahaja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah. Walaubagaimanapun, Tan Sri Azmi sedar bahawa kedua-dua anak lelakinya mempunyai kelebihan masing-masing, berdasarkan hubungan mereka yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.
 
Langit tidak selamanya cerah, kejayaan dan kemegahan keluarga dan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian (Redzuan Hashim), rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Media Corp, dan syarikat tersebut hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut. April (Tasha Shilla), anak tunggal Sophian ternyata tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bapanya untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan. Sebagai tanda protes, April meninggalkan jejak langkah bapanya dan membuka sebuah kedai kecil menjual bunga.