Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
'''Akta Keselamatan Dalam Negeri [[1960]]''' (Lazimnya dikenali sebagai '''ISA''', iaitu akronim nama [[bahasa Inggeris]]nya, ''Internal Security Act'') merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di [[Malaysia]], melibatkan beribu-ribu orang{{fakta}} termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad.{{fakta}} Namun pada [[15 September]] [[2011]], [[Perdana Menteri Malaysia]], [[Najib Razak|Datuk Seri Najib Tun Razak]] telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan [[hak asasi manusia]] dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.<ref>{{cite news | url =http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/15/nation/20110915205714&sec=nation| title = PM announces historic changes in nation's laws| publisher = The Star| accessdate = 2011-09-15}}</ref>
 
==Maksud aktaSAYA==
Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh [[polis]] selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun [[1989]], kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
 
ISA digunakan secara konsisten terhadap komunis mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan [[hak asasi manusia]]. Dikenali sebagai "''keganasan putih''" (''white terror''), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.{{fakta}}
 
==Sejarah==