Harian Metro: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Pengemasan.
Baris 16:
 
==Sejarah penubuhan==
Sebelum kehadiran '''Harian Metro''', terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah [[Kumpulan New Straits Times Press]] menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk [[tabloid]] dilancarkan pada [[25 Mac]] [[1991]] dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, ''Harian Metro'' diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh [[Berita Harian Sdn Bhd]]. Pada [[25 Mac]] [[1992]], ''Harian Metro'' melancarkan edisi selatannya di [[Johor Bahru]]. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.
 
===''Metro Ahad''===
[[Imej:harian-ahad.jpg|thumb|Logo Harian Metro Ahad]]
Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu ''[[Metro Ahad]]'' pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.
 
==Matlamat==
Baris 30:
 
== Pautan luar ==
* [http://www.hmetro.com.my/ Laman web rasmi Harian Metro]
 
{{Akhbar Malaysia}}