Bukit Fraser: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 10:
 
== Pekan ==
[[Fail:Pemandangan_Bukit_Fraser_yang_dipenuhi_dengan_hotel_dan_apartment_untuk_pengunjung.jpg|thumb|300x300px|Pemandangan Bukit Fraser yang dipenuhi dengan hotel dan apartment[[pangsapuri]] untuk pengunjung|alt=]]
 
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada [[zaman penjajahan Inggeris]]. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara [[Scotland]] yang dipenuhi dengan bangunan [[granit]] kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk bercuti dan berehat.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad.Air terjunnya sangat menarik dan indah.Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.