Muzaffar Shah dari Melaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Puterakahaku (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Peningkatan Tun Perak di persada politik telah mencetuskan ketegangan di antara beliau dan Tun Ali. Melihat persengketaan di antara dua pemimpin kesayangannya ini boleh membawa kepada perpecahan di kalangan penduduk Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengadakan perbincangan dengan Tun Ali, yang merupakan seorang duda yang telah berumur pada ketika itu. Tun Ali bersetuju untuk meneruskan peranannya dengan syarat beliau dibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang merupakan salah seorang isteri Sultan. Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk menceraikan isterinya itu demi kestabilan politik dan Tun Kudu juga telah bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali, demi kesejahteraan negara. Pengorbanan Sultan Muzaffar Syah dan Tun Kudu tidak sia-sia. Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat karib dan sentiasa berkerjasama dalam membangunkan Melaka. Tidak lama kemudian, Tun Ali sendiri memohon kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara. Justeru, Sultan telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara dengan gelaran Paduka Raja di sekitar tahun 1456.
 
[[Empayar Ayuthia]] berazam untuk menakluki Melaka walaupun serangan mereka sebelum ini melalui jalan darat telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka. Pada tahun 1456, sewaktu pemerintahan [[Sultan JalilMuzaffar Yaakub Shah]]Syah, Siam telah membuat rancangan untuk menyerang Melaka melalui laut. Apabila [[Kesultanan Melayu Melaka]] mengetahui tentang rancangan ini, ia telah mempersiapkan angkatan lautnya dan membuat keputusan untuk mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Angkatan tersebut diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah, seorang pahlawan yang digelar Datuk Bongkok. Satu pertempuran sengit telah berlaku di antara kedua belah pihak dan ini merupakan peperangan yang pertama bagi Melaka. Namun demikian, Melaka yang mempunyai kelebihan dari segi kemahiran dan pengetahuan telah berjaya menghalau angkatan Siam hingga ke Singapura dan seterusnya memaksa mereka pulang. Kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baharu dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di Kepulauan Melayu. Kemenangan ke atas Siam juga telah membawa kepada kestabilan politik di Melaka dan mengukuhkan lagi reputasinya di [[Asia Tenggara]]. Namun demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mangkat selepas serangan dari Siam itu pada tahun 1459.
# Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
# Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda. Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim.