Solat qada: Perbezaan antara semakan

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan [[solat]], beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu [[solat]] dan sebelum menunaikan [[solat]], jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan [[solat]]. Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan [[solat]] dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan [[solat]]) tetapi dia sempat mengerjakan [[solat]], maka terangkat dosa meninggalkan [[solat]]. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.
 
Adapun meninggalkan [[solat]] tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghajasengaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera [[solat]] yang luput itu.
 
Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan [[solat]] sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan [[solat]] kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.
5,772

suntingan