Wayang Kulit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Dalang memainkan wayang kulit di balik [[kelir]], iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak ([[dian]]), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang ([[lakon]]), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
 
Wayang kulit [[Indonesia]] telah diakui oleh [[UNESCO]] pada tanggal 7 November 2003, sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga ('''( Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity ''). '''Wayang kulit lebih popular di [[Jawa]] bahagian tengah dan timur, sedangkan [[wayang golek]] lebih sering dimainkan di [[Jawa Barat]].
 
== Wayang Kulit di Malaysia ==
Baris 18:
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.
 
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. <ref>[http://musicedumy.edublogs.org/2008/08/12/wayang-kulit-di-malaysia/ WAYANG KULIT DI MALAYSIA.]</ref>
 
Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan bahasa Jawa.