Istihlal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Istihlal"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:38, 14 Disember 2019

Istihlal (استحلال istiḥlāl, "pembolehan") dalam fikah bermaksud menghalalkan sesuatu yang disyariatkan haram. Ia adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam Islam kerana mengubah syariat yang telah ditetapkan Al-Quran dan sunah. Perkataan "istihlal" berasal daripada kata dasar ح-ل-ل yang bermaksud "urai", "selesai", "larut", "buka", "bebas" dan sebagainya.[1]

Perkataan "istihlal" menjadi meleluasa di media Barat pada 11 Mac 2005, tarikh ulang tahun pengeboman kereta api Madrid 2004, apabila Suruhanjaya Islam Sepanyol (La Comisión Islámica de España) mengeluarkan fatwa mengecam Osama bin Laden dan Al-Qaeda kerana melakukan istihlal dengan menghalalkan "jihad" dengan melakukan keganasan, serta membunuh wanita, kanak-kanak dan orang yang tidak terlibat dengan penempuran.[2]

Fatwa yang dikeluarkan adalah seperti berikut:[3]

Que según la Sharia, todo aquel que declara halal o permitido lo que Dios ha declarado haram o prohibido, como es matar a personas inocentes en atentados terroristas, se convierte en Kafir Murtadd Mustahlil, es decir en apóstata, por haber pretendido hacer halal (istihlal) el asesinato de inocentes, crimen que el Sagrado Corán y la Sunna del Profeta Muhammad, Dios le bendiga y salve, prohíben expresamente.
En tanto que Osama ben Laden y su organización defienden la legalidad del terrorismo y pretenden fundamentarla en el sagrado Corán y la Sunna, están cometiendo delito de istihlal y se convierten ipso facto en apóstatas (kafir murtadd), que no deben ser considerados musulmanes ni ser tratados como tales.

Terjemahan:

Bahawa menurut Syariah, barangsiapa mengisytiharkan halal, atau dibolehkan, yang Tuhan telah isytiharkan haram, atau terlarang, seperti membunuh orang yang tidak bersalah dalam serangan pengganas, dia bertukar kafir murtad mustahlil, yakni, seorang orang yang meninggalkan agama, kerana telah menghalalkan (istihlal) pembunuhan orang yang tidak bersalah, yang merupakan jenayah yang Kitab Suci Quran dan Sunah Nabi Muhammad (semoga Tuhan sejahterakan dan menjaganya) jelas-jelas telah larangkan.
Sejauh Osama bin Laden dan pertubuhan dia mempertahankan keabsahan keganasan dan mendakwa ia berdasarkan Kitab Suci Quran dan Sunah, mereka melakukan dosa istihlal dan menjadi pemurtad ipso facto (kafir murtad), yang tidak patut dikira sebagai orang Muslim dan tidak layak dilayan sepertinya.

Rujukan

  1. ^ Wehr, H. (1976) A Dictionary of Modern Written Arabic: Third Edition. (ed.) J. Milton Cowan. Spoken Language Services, Inc. Ithaca, New York. ISBN 0-87950-001-8.
  2. ^ "Bin Laden fatwa as Spain remembers". CNN. 11 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2005. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  3. ^ "La Comisión Islámica de España emite una fatua condenando el terrorismo y al grupo Al Qaida" (dalam bahasa Sepanyol). WebIslam Comunidad Virtual. 5 Mac 2005. Dicapai pada 14 Disember 2019. Teks penuh fatwa dikeluarkan oleh La Comisión Islámica de España mengecam Osama bin Laden dan Al-Qaeda.