Bunga kertas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k menambah Kategori:Bunga (HotCat)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
'''Pokok Bunga Kertas''' ([[bahasa Inggeris]]: "''bougainvillea''") mempunyai [[bunga]] berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan [[tropika]] yang sangat popular. Berasal dari [[Amerika Selatan]], pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan [[daun]]nya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-[[dahan]] yang menarik. [[Nama botani]] bunga ini ''Bougainvillea spp''.
 
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti [[kertas]]. Nama Inggeris bungadan [[genus]] pohom berbunga ini, iaitu ''BougainvillaBougainvillea'', pula dinamakan sempena nama [[Louis -Antoine de Bougainville]], seorang Komander Laut [[Perancis]].
 
Pokok bunga kertas tergolong dalam [[famili (biologi)|famili]] [[Nyctaginaceae]] yang mengandungi 28 [[genus]] dan 250 [[spesies]]. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di [[Malaysia]], iaitu ''B. glabra'', ''B. spectabilis'', dan ''B. Mrs. Butt''. Banyak [[kacukan]] telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna [[kelopak]], baik selapis mahupun banyak lapis.