Penjajap (perahu layar): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Verosaurus (bincang | sumb.)
Templat
Verosaurus (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
Catatan awal mengenai penjajap ialah dari tahun 1509 oleh sejarawan Portugis Fernão Lopes de Castanheda, ia mengatakan Penjajap ialah kapal dari [[Sumatera]], panjang dan cepat, dapat melaju dengan baik menggunakan layar mahupun dayung.<ref>{{Cite book|title=Historia do descobrimento e conquista de India pelos Portugueses|last=Castanheda|first=Fernão Lopes de|publisher=Foy impresso este primeiro liuro da Historia da India em a muyto nobre & leal cidade de Coimbra, : Por Iohão da Barreyra & Iohão Aluarez, empressores del Rey na mesma universidade.|year=1551|isbn=|location=Portugal|pages=}}</ref>
 
Pada 1775, peneroka inggris Thomas Forrest mendeskripsikan penjajap besar pada pelabuhan Iranun di Sulu hanya berukuran 4 kaki (1,2 m) lebarnya dan 3,5 kaki (1,1 m) dalamnya, tetapi hanya sepanjang 42 kaki (13 m). Ia dipasangi 6 lantaka kuningan dan membawa krew 13 orang.<ref name="warren2" />
 
Laksamana Perancis François-Edmond Pâris memerhati penjajap semasa pelayarannya di atas kapal ''Favorite''. Dimensi perahu yang ditemuinya sangat berbeza-beza, yang paling besar dilihatnya ialah 17 meter panjang, lebar 3.4 m dan 2.1 m dalamnya; yang paling kecil adalah 11 m panjangnya.<ref name=":02">{{Cite book|title=Essai sur la construction navale des peuples extra-européens : ou, Collection des navires et pirogues construits par les habitants de l'Asie, de la Malaisie, du Grand Océan et de l'Amérique|last=Pâris|first=François-Edmond|publisher=A. Bertrand|year=1841|isbn=|location=Paris|pages=}}</ref>
 
[[Herbert Warington Smyth]] melaporkan penerangan penjajap dari [[semenanjung Melayu]] pada akhir abad ke-19. Perahu itu menggunakan "''dipping [[Layar lug|lugsail]]''", dengan rumah geladak atau khemah kecil (disebut ''kajang'' pada bahasa Melayu) dan ada sebuah galeri menonjol di buritan (disebut ''dandan'').<ref>{{Cite journal|last=Smyth|first=H. Warington|date=May 16, 1902|title=Boats and Boat Building in the Malay Peninsula|url=|journal=Journal of the Society of Arts|volume=50|pages=570-588|via=JSTOR}}</ref>
 
== Deskripsi ==
Penjajap dibuat dari bahan yang ringan. Biasanya sangat panjang dan sempit dan mempunyai kedalaman (''draft'') yang cetek. Ini membolehkan mereka belayar di atas karang dan sungai. Penjajap besar memerlukan cadik, kerana tanpanya, ia boleh tenggelam.<ref name="warren2" /> Untuk keperluan bertempur, penjajap dilengkapi baik dengan meriam berkaliber besar mahupun [[lela]] (meriam yang lebih kecil dari [[meriam]] Barat). Pada penjajap kecil hanya terdapat satu atau dua lantaka.
 
Penjajap kecil membawa 1-2 buah ''[[Rentaka|lantaka]]'' dipasang pada haluan, manakala yang besar mempunyai meriam tambahan di bahagian samping. Mereka digerakkan oleh dayung dan 2 buah [[Layar tanja|layar tanja.]] Mereka boleh didayung ke hadapan mahupun ke belakang. Deknya biasanya terbuka dengan pentas yang biasa disebut "balai". Ruangan kecil terdapat di belakang, sebagai ruang nakhoda dan simpanan senjata.<ref name="warren2" /><ref name=":1" />
 
Seperti kapal ''garay'' yang lebih besar dan lebar, mereka juga berperanan sebagai kapal induk dari ''kakap.'' Penjajap biasanya sangat cepat. Penjajap besar boleh mencapai kelajuan 9 kn (17 km/h) dengan layar, dan 5 kn (9,3 km/h) dengan dayung. Pada armada orang Lanun, mereka biasanya dapat menyusul kapal ''lanong''.<ref name="warren2" />
 
Penjajap berukuran sedang mempunyai 20-30 pendayung, dan dengan dayung pendek kapal penjajap dapat bergerak dengan cepat baik ke hadapan mahupun belakang. Semasa Tome Pires melawat Nusantara pada abad ke-16, penjajap/pangajava ialah jenis kapal kedua yang dihitungnya setiap sampai pada suatu pelabuhan selepas [[Jong|kapal jung]] dan [[Lancaran (kapal)|lancaran]].<ref name=":0">Pires, Tome. ''Suma Oriental''. London: The Hakluyt Society.</ref>
Baris 30 ⟶ 32:
 
Tome Pires pada kunjungannya ke kepulauan Nusantara biasa menyebut ''pangajava'' sebagai kapal kargo. Banyak ''pangajava'' kargo yang berjaya dikumpulkan [[Pati Unus]] dari pelbagai bandar pelabuhan di Jawa untuk menyerang Portugis di Melaka. ''Pangajava'' ini dialih fungsikan menjadi kapal pengangkut pasukan dan senjata untuk mendarat, kerana ukuran [[Jong Melayu|Jung Jawa]] terlalu besar untuk melakukannya. Namun, kata Tome Pires, selepas kapal mereka disumbangkan aktiviti dagangan di pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi lebih lesu.
 
Laksamana François-Edmond Pâris mencatat beberapa penjajap kargo di Selat Melaka pada tahun 1830-an. Penjajap membawa rempah-rempah, kacang areca yang kering, dan badam kelapa dari Sumatra, dan nampaknya hanya berlayar di bahagian selatan Selat Melaka.<ref name=":02" />
 
== Galeri ==
<gallery mode="packed" widths="170" heights="170">
FileFail:Malay Penjajap goosewinged.png|Tampilan hadapan sebuah penjajap, dengan layar yang menyebar seperti sayap angsa.
FileFail:Penjajap at fair wind off Patani.png|Sebuah penjajap berlayar di pantai Patani.
FileFail:Transom-sterned Penjajap running into Singora.png|Sebuah penjajap berlayar ke Singora. Galeri buritan menonjol Melayu (biasa disebut "dandan") dapat dilihat.
</gallery>