Perbezaan antara semakan "Feriz Omar"

115 bait ditambah ,  1 tahun lalu
Perang korporat antara Khazanah Nasional dan Jentayu Danaraksa bermula selepas Khazanah Nasional menolak cadangan Jentayu Danaraksa untuk melabur RM8.75 bilion ke MAS sekali gus menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS yang bakal kehilangan pekerjaan di MAS seperi yang bakal dilaksanakan di bawah 12 perkara perancangan Khazanah Nasional untuk MAS.<ref>https://themalaysianreserve.com/2017/03/31/little-known-jentayu-awaits-khazanahs-reaction-to-its-offer/</ref>
 
Akhirnya, Feriz Omar dan pasukan profesionalnya di Jentayu Danaraksa memutuskan untuk melawan kesemua sembilan pengarah Khazanah Nasional demi menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS. Feriz Omar dan pasukannya mendapat sokongan daripada Malaysia Airlines Employee Union (MASEU), Malaysia Airlines Pilot Association (MAPA) dan Kesatuan Perjuangan Kesatuan Kebangsaan Malaysia (NUFAM).<ref>https://www.theedgemarkets.com/article/nufam-endorses-jentayu-danaraksa%E2%80%99s-alternative-plan-mas-0</ref>
 
Perang korporat antara Jentayu Danaraksa dan Khazanah Nasional berakhir pada Mac 2015 selepas Khazanah Nasional membuat keputusan untuk menjenamakan semula Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan menerukan juga pembuangan 6,000 orang pekerja MAS.<ref>http://www.khazanah.com.my/Media-Downloads/News-Press-Releases/2014/Khazanah-announces-CEO-designate-of-MAS-NewCo-(13)</ref>