Muzik era romantis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikenalikan oleh Wikidata.
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
edit
Baris 1:
{{Sejarah muzik klasikal mengikut era}}
'''''Muzik era romantis''''' (dalam [[bahasa Inggeris]], ''Romantic music'') merujuk kepada [[muzik baratklasikal|muzik tradisi Eropah]] yang mengambil tempat pada sekitar tahun 1820 hingga ke 1900, begitu juga dengan semua jenis [[muzik]] yang bersamaan dengan corak penulisan era ini termasuk yang ditulis selepas tempoh tersebut. Tempoh Romantis didahului oleh [[Muzik era klasikal|era klasikal]] yang mana kebanyakan muzik-muzik terkenal ditulis oleh [[Beethoven]], dan diikuti oleh [[Muzik klasikal abad ke-20|era muzik moden]] abad ke-20.
 
Muzik romantis berkaitan dengan era romantisisme, yang memperkenalkan seni [[kesusasteraan]], seni tampak, dan [[falsafah]], walaupun tempoh konvensional muzikologi sebenarnya amat berbeza daripada seni-seni lain dari era yang sama. Tempoh sebenar era romantis untuk keseluruhan seni dikatakan bermula dari tahun 1780 an hinggalah kepada 1840 an.
 
Pergerakan romantisisme berpegang kepada prinsip "''bukan semua yang benar boleh disimpulkan''" berdasar kepada ungkapan aksiom bahawa terdapat sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari realiti di dunia yang hanya boleh wujud atau dicapai melalui emosi, perasaan dan gerak hati. Muzik era romantis bergelut untuk menimbulkan pernyataan emosi dan kuasa untuk menghuraikan hakikat-hakikat yang lebih mendalam dan dalam masa yang sama mengekalkan atau menaikkan struktur-struktur formal dari [[muzik era klasikal|era klasikal]].
 
Penggunaan vernakular dalam istilah "muzik romantis" digunakan untuk [[muzik]] yang dianggap membangkitkan perasaan hati yang lembut atau suasana khayalan. Penggunaan ini telah berakar umbi dalam konotasi perkataan "romantik" yang dimulakan dalam era ini. Namun, tidak semua cebisan "Romantik" memadani dengan penjelasan ini kerana sesetengah muzik romantisisme berbunyi keras, padu untuk menyampaikan melodi kesedihan dan marah (gangguan emosi).
 
Muzik "romantik" moden yang ditulis hari ini (berkaitan dengan emosi [[cinta]]) tidak semestinya berkaitan dengan muzik era romantis.
 
==Lihat juga==