Sembilu Kasih: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
 
==Plot==
Rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka kemablikembali daripada berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibuk dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana, serta sibuk untuk menguruskan karier Diana sebagai artisnya. Manakala kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty. Diana memulakan rancangan liciknya, iaitu bertunangan dengan pengurusnya, Joe untuk mengaburimemudahkan matadia semuamembuat orangrancangan. Diana menggunakan status dirinya sebagai tunangan orang agar Fendi tidak curiga dengan semua rancangan jahatnya. Sementara itu kemunculan Faizal, iaitu rakan sekerja baru Zetty menimbulkan rasa cemburu dihati Fendi. Diana menghasut Fendi dengan mengatakan Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Manakala Zetty semakin marah apabila gosip tentang hubungan Fendi dan Diana kembali bertiup. Tanpa mereka sedari semua itu adalah angkara perbuatan Diana. Zetty kemudian menuduh Fendi telah berlaku curang namun hal tersebut dinafikan Fendi, malah sebaliknya menuduh Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Mereka kemudian bertengkar sehingga membuatkan Fendi tidak dapat menahan rasa cemburunya itu lalu mengasari Zetty tanpa sengaja sehingga membuatkan Zetty yang hamil anak pertama mereka ketika itu mengalami keguguran. Selepas insiden keguguran tersebut, Zetty menuntut cerai daripada Fendi. Faizal pula melamar Zetty dan sanggup menerima status Zetty ketika itu walaupun pada mulanya keluarganya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut namun mereka akhirnya mengalah. Diana akhirnya menerima balasan apabila dia hampir dibunuh oleh bekas tunangnya, Joe. Joe kemudian diberkas polis. Diana kemudian menemui Zetty untuk meminta maaf dan menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa rumah tangga Zetty dan Fendi adalah berpunca daripada dirinya. Namun bagi Zetty semua penjelasan tersebut sudah tidak berguna lagi apabila dia kini telahpun berpisah dengan Fendi.
 
==Pelakon==