Sungai Tengar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:masjid_sg_tengar.jpg|thumb|right|200px|''Masjid Kampung Sungai Tengar Desember 2007'']]
[[Kampung]] '''Sungai Tengar''' ini terletak di mukim Sungai Ayer Tawar, daerah [[Sabak Bernam]], [[Selangor]]. Terletak kira-kira 20 km daripada pekan Sabak. Kedudukannya agak terpencil, diapit oleh pekan [[Sungai Ayer Tawar]] dan pekan [[Parit Baru]]. Majoriti penduduknya kaum Melayu beragama [[Islam]] dengan pecahan terbesar orang [[Jawa]]. Selain itu terdapat juga Melayu [[Bugis]], Melayu [[Banjar]], dan Melayu [[Mandailing]] di sini.

===Kegiatan Ekonomi===
Kegiatan utama penduduknya ialah bertani. Suatu masa dahulu terdapat banyak kebun [[kelapa]] dan [[koko]] disamping [[kopi]] dan [[cengkih]]. Kini para penduduk lebih gemar mengusahakan tanaman [[kelapa sawit]] dan [[pisang]]. Kampung ini juga terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis [[kerepek]] dan [[belacan]] yang diedar ke seluruh negara. Industri terbaru di kampung ini ialah ladang [[mas cotek]] terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin pada 2006. Satu lagi produk desa yang dihasilkan di sini ialah minyak [[Morhabshi]].
Terdapat sebuah pertempatan [[PPRT]] ([[Program Perumahan Rakyat Termiskin]]) di sini.