Suri Katriana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
 
==Sinopsis==
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri ([[Ernie Zakri]]), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri merupakan gadis kampung yang naif dan baik hati namun segalanya berubah selepas berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Keadaan itu memaksa Suri untuk menerima lamaran daripada bekas majikan ibunya, Tuan Syed Sadiq ([[Hasnul Rahmat]]). Setelah berkahwin, Suri kemudian mengikuti Tuan Syed untuk berpindah keluar daripada kampungnya.
 
Setelah kematian Tuan Syed, Suri mula mengubah wajah dan identitinya sebagai Katriana ([[Ummi Nazeera]]). Rancangannya untuk membalas dendam terhadap kematian kedua orang tuanya bermula setelah Katriana bertemu semula dengan Faizal ([[Zul Huzaim]]) dan ([[Aishah Azman]]) Yasmin. Dendamnya semakin memuncak apabila Saerah ([[Nadiya Nissa]]) memberitahunya bahawa kematian kedua orang tuanya itu ada kaitan dengan Faizal dan Yasmin. Katriana mula menggunakan Edora ([[Ezzaty Abdullah]]) sebagai pembantunya bagi melaksanakan rancangannya untuk membalas dendam.
 
==Pelakon==