Mami Jarum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
Mami Jarum menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, ia turut menampilkan bakat lakonan Ezad-Exist yang memegang watak posmen. Selain Ezad, Mami Jarum turut mengetengahkan bakat baru, Azizah Ali.
 
Mami Jarum menggunakan khidmat Indra Che Muda sebagai Pengarah Sinematografi. Hasil kerjanya yang diperakui sbelumsebelum ini membolehkan Pemenang anugerah Pengarah Sinematografi Terbaik FFM 1990 (filem `Syakila') ini terus mendapat kepercayaan MMP untuk mengetuai unit teknikal produksi.
 
Filem keempat MMP ini diharap bukan sekadar mewarnai industr filem tempatan, tetapi terserlah penyampaian mesej-mesej positif kepada masyarakat.
Baris 28:
==Sinopsis==
{{spoiler}}
 
 
 
Cerita ini mengisahkan watak utamanya, iaitu, Mami Jarum atau nama sebenarnya Fatimah mempunyai sikap angkuh dan menganggap dirinya sahaja yang sempurna. Sikap mementingkan harta, kedudukan serta mencari kesalahan orang lain dan bercakap besar merupakan tabiat yang telah sebati dalam dirinya.
Mami Jarum yang telah diceraikan suaminya, kini tinggal bersama dua orang anak gadisnya. Anak sulung, Shiqah, bekerja sebagai setiausaha sulit di sebuah syarikat besar. Manakala anak bongsunya, Syafinaz, merupakan pelajar IPTA. Mami mempunyai seorang adik perempuan, Bee, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, Azizah. Bee, seorang surirumah berkahwainberkahwin dengan buruh kasar, iaitu Piee.
 
Jiran Mami Jarum, Mamu Rosli ialah bujang terlajak yang tinggal sebatang kara. Dia tidak berkahwin kerana cintanya terhalang dek ibu bapa kekasihnya yang lebih mementingkan darjat serta bersifat `tangkai jering'.
Baris 39 ⟶ 40:
Konflik bermula apabila Mami Jarum bertandang ke rumah Bee dan acapkali menghasut adiknya. Dia memandang rendah terhadap Piee yang bekerja sebagai buruh. Pegangan agama Piee yang kuat turut tidak disenangi oleh Mami Jarum. Oleh yang demikian, Mami mendesak adiknya agar meminta Piee membuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Mami Jarum sering menjadikan keluarga contoh kerana beranggapan mereka keluarga yang sangat berjaya.
 
[[Imej:Mj5.jpg|200px|right|thumb|Babak di rumah Mami Jarum]]Bee termakan hasutan itu. Namun sebenarnya, Mami tidak menyedari bahawa keluarganya bermasalah. Shiqah terlibat dengan hubungan sulit dengan bosnya yang sudah beristeri. Bee, adik Mami memberitahu suaminya, Piee ternampak Shiqah, anak sulung Mami keluar dating dengan seorang lelaki tua, namun Mami tidak mempercayainya.
 
Berlainan pula dengan anak perempuan bongsu Mami, Syafinaz, yang lebih bersikap matang serta sering menegur sikap ibunya yang keterlaluan itu. Apabila Mami Jarum mengetahui Syafinaz bercinta dengan Ezad seorang pemuda yang bekerja sebagai posmen, Mami melenting dan amat marah. Mamu kemudiannya datang memberitahu Ezad sebenarnya anak orang kaya dan ayah Ezad berpangkat Datuk. Mami tidak mempercayai kata-kata Mamu dan meminta Ezad membawa ibubapanya untuk meminang Syafinaz. Pada hari peminangan, Ezad dan ibunya Datin Nora bertandang ke rumah Mami untuk meminang. Kemudian barulah Mami percaya Ezad anak orang kaya. Dalam masa yang sama Mami ingin mengahwinkan anak sulungnya Shiqah kerana tidak mahu terlangkah bendul kerana dia sudah bersetuju mengahwinkan anak bongsunya. Tetapi Shiqah menolak pemintaan Mami untuk dikahwinkan dengan anak kawan Mami. Mami meminta Shiqah menjelaskan mengapa Shiqah menolak dan Shiqah memberitahu yang dia sudah berkahwin selama dua bulan. Pada masa itu juga suami Shiqah yang sebenarnya bapa Ezad dan suami Datin Nora datang, dan Shiqah memberitahu kepada Mami itulah suaminya. Datin Nora kecewa dengan apa yang berlaku mahu meminta cerai. Mami sudah malu yang berlaku meminta pertolongan Piee. Akhirnya, dia menyedari bahawa pendidikan agama sangat penting dan perlu ditekankan dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menilai dan menjaga diri. Sebaliknya, kedudukan dan harta kekayaan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sempurna.
 
==Pelakon==