Sang Saka Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 202.67.45.7 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Malurian123
Teg: Undur
Baris 15:
}}
 
'''Sang Saka Malaya''' (kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera Persatuan [[Kesatuan Melayu Muda]] (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih yang dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan Malaya di Sidang Serantau Asia (''Asian Relations Conference'') pada penghujung tahun 1947 di [[New Delhi]], [[India]].<ref>[http://www.klpos.com/analisis/14841 Generasi Muda Dikelirukan dengan Kibaran "Sang Saka Malaya" - KLPos]</ref><ref>[http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/1947-sang-saka-malaya-dikibar-di-luar.html?m=1 1947: Sang Saka Malaya Dikibar di Luar Negara]</ref> Bendera ini menampilkan lambang dua belas butir bintang yang disusun tiga baris empat lajur (yang digelar oleh Zulaikha Zulkifli, seorang pemberita malaysiakini sebagai '''Bendera Rakyat'''<ref name=benderarakyat/> atau '''Bendera Malaya Merdeka'''{{fact}}) yang diperkenalkan pada tahun 1947 oleh gabungan [[Pusat Tindakan Rakyat|PUTERA]]-AMCJA sebagai cadangan untuk bendera [[Persekutuan Tanah Melayu]] yang merdeka. Dua belas butir bintang tersebut adalah mewakili 1312 negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu iaitu [[Negeri Sembilan]], [[Selangor]], [[Perlis]], [[Terengganu]], [[Kedah]], [[Kelantan]], [[Pahang]], [[Johor]], [[Perak]], [[Singapura]], [[Indonesia]], [[Melaka]] dan [[Pulau Pinang]]. Ia mengikut konsep pada [[bendera Amerika Syarikat]] di mana 50 bintang mewakili 50 negeri yang membentuk [[Amerika Syarikat]]. Bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera pergerakan pihak kiri yang memperjuangkan kemerdekaan tanpa pembabitan raja-raja Melayu, dan oleh itu boleh dikatakan cenderung kearah pembentukan sebuah republik, (melalui penyatuan dengan Indonesia)<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/207903 ]</ref> sama seperti yang berlaku di [[Indonesia]], di mana raja-raja tempatan telah kehilangan ("dilucutkan")<ref>[http://books.google.com.my/books?id=QKgraWbb7yoC&pg=PA647&dq=indonesia+stripped+local+sultan&hl=en&sa=X&ei=1KFuUtH4DcPDrAfdkYDIAg&ved=0CDwQ6AEwAw#v=onepage&q=indonesia%20stripped%20local%20sultan&f=false Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East ..., Volume 1, edited by Keat Gin Oo]</ref> kuasa masing-masing semasa pembentukan Negara Kesatuan Republik Indonesia.<ref>[http://books.google.com.my/books?id=TUyDw7_TDuUC&pg=PA104&dq=indonesia+local+sultan+stripped&hl=en&sa=X&ei=9qBuUreBHcuUrgfnnIH4CA&ved=0CC0Q6AEwAA#v=onepage&q=indonesia%20local%20sultan%20stripped&f=false Spatializing Law: An Anthropological Geography of Law in Society edited by Franz von Benda-Beckmann, Keebet von Benda-Beckmann, Anne M. O. Griffiths]</ref>, <ref>[http://books.google.com.my/books?id=EUDii8kvQYAC&pg=PA83&dq=indonesia+stripped+local+sultan&hl=en&sa=X&ei=1KFuUtH4DcPDrAfdkYDIAg&ved=0CC0Q6AEwAA#v=snippet&q=%22%20Indonesia%20stripped%20the%20dozen%22&f=false Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia, edited by Eva-Lotta E. Hedma]</ref>
 
'''Sang Saka Malaya (2007)''' pula merujuk kepada bendera rekaan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) [[Mohd Najwan Halimi]]. Bendera ini telah dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi <ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Motifjelektukarbendera/Article/ Motif jelek tukar bendera]</ref> dengan rekabentuk bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu.