BT Group: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengemasan.
Baris 71:
}}
 
'''BT Group plc''' (didagangkan sebagai '''BT''' dan dahulu '''British Telecom''') ialah syarikat induk [[telekomunikasi]] [[Perbadanan multinasional|multinasional]] [[British]] yang beribu pejabat di [[London]], [[United Kingdom]]. Ia mempunyai operasi di sekitar 180 negara dan merupakan penyedia perkhidmatan [[talian tetap]], [[jalur lebar]] dan mudah alih yang terbesar di UK, dan juga menyediakan langganan perkhidmatan [[Televisyen berbayar|televisyen]] dan [[Teknologi maklumat|IT]].<ref>{{Cite web|url=http://btplc.com/Thegroup/Ourcompany/Groupbusinesses/index.htm|title=Our company|website=BT Group plc|access-date=27 August 2017}}</ref>
 
Asal-usul BT bermula pada penubuhan Syarikat Telegraf Elektrik pada 1846 yang membangunkan rangkaian komunikasi di seluruh negara. Pada tahun 1912, Pejabat Pos Besar, sebuah jabatan kerajaan, menjadi pembekal telekom monopoli di United Kingdom. Akta Pejabat Pos 1969 membawa kepada GPO menjadi sebuah perbadanan awam. British Telecommunications, didagangankan sebagai British Telecom, ditubuhkan pada tahun 1980, dan menjadi bebas daripada Pejabat Pos pada tahun 1981. British Telecommunications telah diswastakan pada tahun 1984, menjadi British Telecommunications plc, dengan sekitar 50 peratus sahamnya dijual kepada pelabur. Kerajaan menjual baki kepentingannya dalam penjualan saham selanjutnya pada tahun 1991 dan 1993. BT merupakan pemegang Waran Diraja Keluarga Diraja British dan mempunyai penyenaraian utama di [[Bursa Saham London]], penyenaraian sekunder di [[Bursa Saham New York]], dan merupakan penyususn Indeks FTSE 100.