Perbezaan antara semakan "Tanzania"

1,836 bait ditambah ,  2 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Para pedagang dan perantau dari kawasan [[Teluk Parsi]] dan India telah melawat pesisir Afrika Timur sejak alaf pertama Masihi.<ref>{{cite book|url=https://books.google.com/books?id=umyHqvAErOAC&pg=PA1510|title=Encyclopedia of African History 3-Volume Set|author=Kevin Shillington|date=2013|publisher=Routledge|isbn=978-1-135-45670-2|page=1510}}</ref> Agama Islam mula dianuti oleh masyarakat di [[Pesisir Swahili]] sejak abad kelapan atau kesembilan Masihi.<ref>[http://www.bbc.co.uk/worldservice/africa/features/storyofafrica/7chapter5.shtml "The Story of Africa"]. ''BBC World Service''.</ref> [[Budaya Swahili]] mula berkembang mulai abad ke-10 dengan kawasan-kawasan utama termasuk Kilwa Kisiwani dan Zanzibar.<ref>Connah, Graham. ''African Civilizations: An Archaeological Perspective.'' 2nd ed. (New York: Cambridge University Press, 2001): 192.</ref>
 
=== Zaman Oman dan penjajahan Barat ===
Pada 1505, pihak [[Empayar Portugal|Portugis]] telah menawan pulau Zanzibar. Penaklukan ini berterusan hingga awal abad ke-18. Pada akhir zaman Portugis, penduduk tempatan yang dibantu oleh golongan Arab Oman mengusir pihak Portugis. [[Sultan Oman]], [[Seyyid Said|Sultan Seyyid Said]] memindahkan ibu kotanya ke Zanzibar pada 1840.
 
Ketika Zanzibar menjadi ibu kota Oman, Zanzibar menjadi pusat perdagangan hamba Arab.<ref>{{cite web|url=https://www.britannica.com/blackhistory/article-24157|title=Slavery|work=Encyclopædia Britannica|url-status=dead|archiveurl=https://web.archive.org/web/20141006131931/http://www.britannica.com/blackhistory/article-24157|archivedate=6 October 2014}}</ref> Kira-kira 65 hingga 90 peratus daripada penduduk Arab-Swahili di Zanzibar dijadikan sebagai hamba.<ref>{{cite web|url=https://www.britannica.com/EBchecked/topic/548305/slavery/24157/Slave-societies|title=Slave societies|work=Encyclopædia Britannica|date=22 January 2014|accessdate=19 February 2014}}</ref> Perhambaan hanya dihapuskan pada 1890-an.<ref>{{cite web|url=https://www.enchantingtravels.com/travel-blog/zanzibar-map-history|title=On The Zanzibar Map: Spices, Slaves And A Bit Of History|date=17 February 2015}}</ref>
 
Pada akhir abad ke-19, pihak Jerman telah menakluki kawasan Tanzania (kecuali Zanzibar) dan dimasukkan ke dalam [[Afrika Timur Jerman]]. Sultan Zanzibar menentang penaklukan ini dan mendakwa baginda mentadbir kawasan tanah besar Tanzania serta Zanzibar, tetapi lama-kelamaan terpaksa menerima penaklukan itu.<ref>{{Cite book|url=https://books.google.com/books?id=q-aoZQ-o7aQC|title=Remembering Africa: The Rediscovery of Colonialism in Contemporary German Literature|author=Dirk Göttsche|publisher=[[Camden House]]|year=2013|isbn=9781571135469|page=|accessdate=}}</ref>
 
== Geografi ==
4,155

suntingan