Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi ([[Nafiz Muaz]]) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila ([[Uqasha Senrose]]) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara akibat perbuatan abang kandung Kris, Khairyl ([[Yusuf Bahrin]]). Kris yang mengetahui bahawa kejadian yang menimpa Salsabila adalah disebabkan oleh perbuatan abangnya membuatkan dia merasa bersalah lalu membantu Salsabila bebas daripada pertuduhan tersebut. Pertolongan ikhlas Kris telah membantunya membuatkan Salsabila telah jatuh hati kepada Kris dan mereka mula saling jatuh cinta.
 
Namun kedatangan Yasmin, iaitu tunang kepada Khairyl ([[Elly Mazlein]]) ke ladang milik datuk Kris dimana temp attempat Kris dan Salsabila bekerja membuatkan Kris berasa rimas dengan Yasmin yang selalu cuba mengoda dan menyusahkan dirinya dan Salsabila. Kris kemudian telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain.
 
Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.