Suri Katriana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri ([[Ernie Zakri]]), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri merupakan gadis kampung yang naif dan baik hati namun segalanya berubah selepas berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Keadaan tersebut memaksa Suri untuk menerima lamaran daripada bekas majikan ibunya, Tuan Syed Sadiq ([[Hasnul Rahmat]]). Setelah berkahwin, Suri kemudian mengikuti Tuan Syed untuk berpindah keluar daripada kampungnya. Namun begitu, tidak lama kemudian Tuan Syed didapati telah meninggal akibat serangan jantung.
 
Selepas kematian Tuan Syed, Suri kemudian mulai mengubah wajah dan identitinya sebagai Katriana ([[Ummi Nazeera]]). Rancangannya untuk membalas dendam terhadap kematian kedua orang tuanya bermula setelah Katriana bertemu semula dengan Faizal ([[Zul Huzaimy]]) dan Yasmin ([[Aishah Azman]]). Dendamnya kian memuncak apabila dia bertemu semula dengan Saerah ([[Nadiya Nisaa]]) yang memberitahunya bahawa kejadian tragis yang menimpa kedua orang tuanya sebelum ini adalah disebabkan oleh perbuatan konspirasi Tuan Syed, Faizal dan Yasmin. Katriana mula menggunakan khidmat Edora ([[Ezzaty Abdullah]]) sebagai pembantu peribadi dan rakan subahatnya dalam melaksanakan semua rancangannya untuk membalas dendam. Segala rancangan licik Katriana dilaksanakan Edora. Walau bagaimanapun, tidak kesemua rancangan tersebut berjalan dengan lancar kerana disebabkan suatu kesilapan yang hampir meragut nyawa kekasih hatinya, Danial ([[Nazim Othman]]) membuatkan Katriana tidak teragak-agak membunuh Edora. Selepas ketiadaan Edora, Katriana mula menjalankan rancangan liciknya sendiri dan kemudian bertindak menculik Yasmin dan membawanya kembali semula ke kampung halaman mereka. Katriana merancang untuk membunuh Yasmin dengan cara yang sama seperti Yasmin membunuh ibunya. Danial, Saerah dan Faizal mencuba untuk memujuk Katriana namun segalanya terlambat apabila Katriana bertekad untuk meneruskan niatnya. Faizal dan Yasmin akhirnya terbunuh dalam kebakaran yang terjadi disebabkan Katriana. Akhirnya Katriana meringkuk di dalam penjara seumur hidup setelah dia disabitkan dengan kesalahannya yang menyebabkan kematian Faizal dan Yasmin.
 
==Pelakon==