Pidato: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Rujukan: Asas rencana
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Pengembangan besar, sebahagiannya hasil pengembalian dan penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia
Baris 1:
[[File:Cicerón denuncia a Catilina, por Cesare Maccari.jpg|thumb|300px|Gambaran [[Cicero]] berpidato di hadapan [[Senat Rom]]awi - ''Cicerone denuncia Catilina'' (1889), lukisan [[fresco]] karya [[Cesare Maccari]]]]
'''Pidato''' [pi-da-to] (barangkali daripada kata {{Lang-sa|पदार्थ|padārtha}} ''padārtha'' "intipati, bahan"<ref>{{Cite web|url=https://spokensanskrit.org/index.php?tran_input=padArtha&direct=se&script=hk&link=yes&mode=3|title=padhArta|access-date=9 Januari 2020|website=Sanskrit Dictionary for Former Sanskrit}}</ref>; {{lang-en|public speaking}}) difahamkan sebagai [[percakapan|pengucapan]] [[kata|kata-kata]] dalam gaya yang teratur dan formal kepada pendengar<ref name="prpm"/> sama ada secara perseorangan mahupun di hadapan khalayak ramai.<ref>{{cite book|title=General Purposes of Speaking|year=2012|via=[books.lardbucket.org Lardbucket]|access-date=4 November 2016}}</ref><ref name="prpm">{{Cite web|url=http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pidato|title='pidato' - Maklumat Kata|publisher=[[Dewan Bahasa dan Pustaka|Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia]]|access-date=31 Disember 2019|website=Pusat Rujukan Persuratan Melayu}}</ref>
 
Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karier yang baik.
 
==Kegunaan==
Seni ini muncul dengan seberapa faktor pendorong yang utama:
 
* Mempermudahkan [[komunikasi]] antara pihak-pihak atasan dan bawahan serta sesama anggota [[organisasi]].
* Menciptakan suatu keadaan yang [[kondusif]] di mana hanya seorang sahaja yang diperlukan menyampaikan kandungan isi tersebut.
 
Pengucapan dan penyampaian kata-kata ini lazim dilakukan di situasi rasmi seperti majlis kenegaraan, sambutan keraian seperti hari lahir atau acara besar-besaran, mahupun sebagai pembangkit semangat sebelum memulakan kegiatan tertentu.
 
==Cara penyampaian==
Pemidatoan sangat menumpukan kepada penampilan, [[gaya bahasa]] isi serta [[ekspresi]] yang perlu disampaikan kepada ramai secara yakin dan percaya diri agar orang yang melihat pidato kita pun tertarik dan terpengaruh oleh pidato yang disampaikan. Maka, pengasahan gaya pidato menumpu kepada kecekalan mengawal dan membentuk ciri-ciri tertentu termasuklah:
 
* penggunaan [[Gestur|gerakan kecil (gestur)]]
* [[suara]]
* [[Bahasa|aspek bahasa]] seperti [[Tatabahasa|nahu]], [[perbendaharaan kata]] dan [[Laras bahasa|laras]]
* daya tarikan sesama penonton
 
===Teknologi bantuan===
Teknologi [[multimedia]] termasuk penerapan [[klip video]], [[kesan bunyi]], [[animasi]] malah penggunaan alat penunjuk seperti [[laser]] [[Alat kawalan jauh|kawalan jauh]]<ref>{{Cite book|title=The Complete Guide to Business School Presenting: What your professors don't tell you... What you absolutely must know|last=Ridgley|first=Stanley K.|publisher=Anthem Press|year=2012|isbn=|location=|pages=}}</ref> dapat diterapkan untuk memberikan kelainan kepada kandungan lalu menarik perhatian. [[Sistem siar raya]] dilengkapi [[mikrofon]] dan [[pembesar suara]] juga membantu mencapai suara yang diucapkan sejauh mungkin; [[telekomunikasi]] dan [[sidang video]] antara wahana kemudahan yang diterima mengatasi masalah jarak dan kedudukan sangat langkau.<ref>Fetterman, David M. (1997) ''Videoconferencing over the Internet''. Stanford University</ref>
 
==Lihat juga==
* [[Debat]]
* [[Retorik]]
 
==Rujukan==
{{Reflist|2}}
[[Kategori: Sains politik]]
[[Kategori: Politik]]