Pertempuran Vaslui: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
Pada tahun 1451, [[Senarai pemerintah Moldavia|Putera Moldavia]] iaitu [[Bogdan II dari Moldavia|Bogdan II]] telah dibunuh oleh abangnya, [[Petru Aron|Peter]] untuk merebut takhta. Putera baru itu mengukuhkan kedudukannya dengan bersetuju menjadi naungan kepada [[Senarai penguasa Poland|Raja Poland]], [[Casimir IV dari Poland|Casimir IV]]. Beliau juga mula membayar ufti kepada [[Empayar Uthmaniyyah]] pada tahun 1456. Walau bagaimanapun, anak kepada Bogdan iaitu [[Stephen III dari Moldavia|Stephen]] telah meraih sokongan daripada pejuang Hungary, [[John Hunyadi]] dan [[Senarai penguasa Wallachia|penguasa Wallachia]], [[Vlad Si Penyula|Vlad III]]. Pada tahun 1457, Stephen menerima bantuan ketenteraan daripada Vlad lalu membolehkannya melangkah menuju ke [[Moldavia]] dan menewaskan Peter di [[Pertempuran Orbic|Orbic]]. Beliau akhirnya menjadi putera dengan gelaran Stephen III.
 
Stephen teruskanmeneruskan membayarpembayaran ufti kepada Uthmaniyyah dan beliau menggunakan masa ini untuk membuat pembaharuan. Beliau menyekat kuasa golongan bangsawan danmanakala golongan hamba telah dibebaskan untuk membolehkan mereka menyertai pasukan ketenteraan. Angkatan tenteranya telah diperkukuhkan dengan penggunaan unit-unit [[artileri]] dan pembinaan kubu pertahanan di sepanjang sempadan kerajaan. Stephen telah memperoleh kota [[Khotyn]] dari Poland sama ada melalui hubungan diplomasi atau tindakan tenteranya. Semasa pesaingnya Peter telah dibuang ke [[Transylvania]], beliau bertindak menyerang kawasan itu yang merupakan kawasan lindungan [[Kerajaan Hungary|Hungary]]. Sekutu lamanya, Vlad III telah tumpas kepada boneka Uthmaniyyah, [[Radu cel Frumos|Radu]] dalam merebutperebutan kedudukantakhta pada tahun 1462. Stephen mengambil peluang ini untuk menguasai kota strategik [[Kiliya|Chilia]] pada tahun 1465 sekali gus ia mengesahkan penguasaan beliau ke atas [[delta Danube]].
 
Pada tahun 1466, Stephen menyokong pemberontakan anti-Hungary di Transylvania. Pada lewat tahun 1467, penguasa Hungary iaitu [[Matthias Corvinus|Matthias I]] berjaya mematahkan pemberontakan yang tercetus di Transylvania dan angkatannya menuju ke Moldavia dengan kekuatan dari 20,000 hingga 40,000 tentera bersama beratus-ratus meriam. Di sebuah tempat yang dikenali sebagai [[Baia]], Stephen bersama 15,000 tenteranya berjaya memenangi [[pertempuran Baia|pertempuran]] menentang Hungary dengan lebih 10,000 tentera Hungary terkorban di samping Matthias sendiri tercedera. Putera Stephen menyerang Transylvania dalam masa beberapa tahun berikutnya tetapi beliau juga dipaksa berundur untuk mempertahankanmemastikan keselamatan kerajaannya terjamin.