Tanzania: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 101:
* [[Zambia]], [[Malawi]] dan [[Mozambique]] di kawasan selatan.
 
Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir ([[Pesisir Swahili]]) sebanyak 1,424 km.<ref>{{Cite web|url=http://www.fao.org/docrep/009/a0477e/a0477e13.htm|title=Country review: United Republic of Tanzania|last=|first=|date=Disember 2003|website=Fisheries and Aquaculture Depart, United Nations. (FAO)|access-date=}}</ref> Kawasan ini menempatkan [[Kepulauan Zanzibar]].
 
[[Gunung Kilimanjaro]] dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi Tanzania serta Afrika. Titik terendah Afrika, dasar [[Tasik Tanganyika]] pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.<ref name="frame">Joseph Lake (2013) "Economy" in ''Africa South of the Sahara'', edited by Europa Publications and Iain Frame, Routledge. {{ISBN|1-85743-659-8}}</ref>
 
Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, [[Gunung Meru, Tanzania|Gunung Meru]], sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada [[Penara Afrika Timur]]. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.
 
Tanzania memiliki [[iklim tropika]], tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua [[musim tengkujuh]], iaitu musim tengkujuh pendek, ''Vuli'' dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, ''Masika'' dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.<ref name="UNDP">[http://www.geog.ox.ac.uk/research/climate/projects/undp-cp/UNDP_reports/Tanzania/Tanzania.lowres.report.pdf "UNDP Climate Change Country Profiles: Tanzania", C. McSweeney (University of Oxford), M. New (University of Oxford and Tyndall Centre for Climate Change Research), and G. Lizcano (University of Oxford)]</ref>
 
== Ekonomi ==