Islam di Emiriah Arab Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Saufy Jauhary (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
Lebih daripada 80 % penduduk di [[Emiriah Arab Bersatu]] bukannya [[warganegara]]. Hampir semua warganegara di negara ini adalah orang [[Muslim]], dengan lebih kurang 85% daripada mereka terdiri daripada orang Muslim [[Sunah Waljamaah]] dan 15% yang tinggal merupakan orang Muslim [[Syiah]]. Orang-orang asing di sini sebahagian besarnya berasal dari [[Asia Selatan]] dan [[Asia Tenggara]], walaupun terdapat juga banyak yang datang dari [[Timur Tengah]], [[Eropah]], dan [[Amerika Utara]]. Walaupun tidak adanya statistik rasmi, pemerhati-pemerhati tempatan menganggarkan bahawa kira-kira 55% daripada jumlah penduduk asing terdiri daripada orang [[Islam]], 25% [[Hindu]], 10% [[Kristian]], 5% [[agama Buddha]], dan 5% yang tinggal (kebanyakan mereka tinggal di [[Dubai]] dan [[Abu Dhabi]]) terdiri daripada penganut-penganut agama yang lain, termasuk [[Parsi]], [[Bahai]], dan [[Sikhisme]].
 
Kebanyakan warganegara [[Sunah Waljamaah]] mengikut tradisi [[Mazhab Maliki|Maliki]]. Sesetengah pengikut mazhabmanhaj [[Wahhabi]]Salafi tinggal di Wahah Al Buraymi, dengan sesetengah pengikut mazhab [[Mazhab Syafii|Syafi'i]] tinggal di sepanjang pantai Al Batinah.
 
Walaupun berbeza-beza antara satu [[emiriah]] sama lain, tahap kebebasan [[agama]] yang diberikan kepada penganut-penganut bukan Islam adalah lebih banyak di Emiriah Arab Bersatu, berbanding dengan [[Arab Saudi]] dan [[Qatar]]. Umpamanya, penganut-penganut bukan Islam di sini dibenarkan membuat penyembahan, walaupun tidak dibenarkan menarik orang ramai menjadi penganut baru. Terdapat juga banyak [[gereja]] dan [[sekolah]] [[Kristian]] yang besar di Emiriah Arab Bersatu, khususnya di [[Dubai]] dan [[Abu Dhabi]].