Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi ([[Nafiz Muaz]]) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila ([[Uqasha Senrose]]) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara akibat perbuatan abang kandung Kris, Khairyl ([[Yusuf Bahrin]]). Kris yang mengetahui bahawa kejadian yang menimpa Salsabila adalah disebabkan oleh perbuatan abangnya membuatkan dia merasa bersalah lalu membantu Salsabila bebas daripada pertuduhan tersebut. Pertolongan ikhlas Kris telah membantunya membuatkan Salsabila telah jatuh hati kepada Kris dan mereka mula saling jatuh cinta.
 
Namun kedatangan Yasmin ([[Elly Mazlein]]), iaitu tunang kepada Khairyl ke ladang milik datuk Kris dimana tempat Kris dan Salsabila bekerja membuatkan Kris berasa rimas dengan Yasmin yang selalu cuba mengoda dan menyusahkan dirinya dan Salsabila. Kris kemudian telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya,Dato ' Kameel ([[Azri Iskandar]]) kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain.Ayahnya pula meminta Khairyl berkahwin dengan Salsabila. Akan tetapi Khairyl akan berkahwin dengan Salsabila atas sebab mahukan harta arwah Tok Abah (Harun Hashim).Ini kerana,dalam wasiat tok abah telah mengatakan Salsabila harus berkahwin dengan anak Dato' Kameel,tetapi tidak dinyatakan samaada Kris atau Khairyl.
 
Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.Manakala Yasmin juga menghilangkan diri selepas keluarganya meminta ganti rugi daripada keluarga Dato Kameel.