Undang Jelebu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hasasuka (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Undang JELEBU i'''alah gelaran bagi Pembesar Memerintah bagi Luak Jelebu yang bergelar YTM Dato Mendika Menteri Akhirulzaman ''.'' Un...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:05, 16 Januari 2020

Undang JELEBU ialah gelaran bagi Pembesar Memerintah bagi Luak Jelebu yang bergelar YTM Dato Mendika Menteri Akhirulzaman . Undang Jelebu bersama Yang di-Pertuan Besar dan Tengku Besar Tampin didefinisikan sebagai Raja bagi Negeri Sembilan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Penggiliran pusaka Dato Undang adalah mengikut penggiliran waris berundang Luak Jelebu iaitu antara Waris Ulu Jelebu (sulung), Waris Sarin (tengah) dan Waris Kemin (bongsu).Waris Sarin terbahagi kepada Waris Sarin A yang terdiri daripada Perut Aur Duri, Peninjau, Kirim Mudek dan Waris Sarin B terdiri daripada Perut Kuala Jelebu,Merebau , Jelin. Waris Kemin yang terdiri daripada perut Kemin Hulu, Kemin Hilir, Triang Hilir dan Sungai Pertang. Dato Undang yang menyandang pesaka pada masa kini ialah YTM Dato Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad, Dato Undang Luak Jelebu Ke-16 dari waris Kemin.

Pembesar bagi Dato Undang ialah Dato Lembaga Delapan yang terbahagi kepada dua talian iaitu Dato Lembaga Talian adat dan Dato Lembaga Talian Pusaka.

Dato Lembaga Talian Adat:

  1. YM Dato Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari (Suku Biduanda Waris Menteri) - Ketua Talian Adat)
  2. YM Dato Mengiang Merah Bangsa (Suku Mungkal 1)
  3. YM Dato Cincang Maharaja Lela (Suku Tanah Datar)
  4. YM Dato Senara Angsa (Suku Batu Belang)

Dato Lembaga Talian Pusaka (Waris Berundang):

  1. YM Dato Ombi Pangkal Maharaja Lela (Suku Biduanda Waris Ombi)- Ketua Talian Pusaka
  2. YM Dato Raja Balang (Suku Biduanda Waris Ulu Jelebu)
  3. YM Dato Raja Penghulu (Suku Biduanda Waris Sarin)
  4. YM Dato Maharaja Inda (Suku Biduanda Kemin)

Orang Besar Dato Undang Luak Jelebu:

  1. YM Dato Shahbandar (Pucuk Bulat Waris Di Air, Tumpuan Tua Lembaga Dagang)
  2. YM Dato Amar Penghulu

Dato Lembaga Kurnia Luak Jelebu. (diletakkan di bawah riayah YM Dato Shahbandar, maka haluan sembah kepada TITIAN BALAI UNDANG

hendaklah melalui Dato Shahbandar)

  1. Dato Sati (Tua Orang Pilah)
  2. Dato Sura (Tua Orang Rembau)
  3. Dato Indera Perba (Tua Orang Pahang)
  4. Dato Ampat (Tua Orang Minangkabau)
  5. Dato Setia Bangsa (Tua Orang Jawa)
  6. Dato Dagang Jambi (Tua Orang Jambi)
  7. Dato Mangku Setia (Tua Orang Mengkiang Tujuh)
  8. Raja Malim Bendahara (Tua Orang Mendehiling)