Zuridan Mohd Daud: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Norazamudin (bincang | sumb.)
Maklumat tambahan
Baris 1:
'''Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud''' adalah ahli politik [[Malaysia]] berbangsa [[Melayu]] dari [[Parti Islam Se-Malaysia]]. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) [[Damak]], Pahang bertanding di atas tiket [[PAS]] dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 2018|Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14]]. Dalam parti, beliau merupakan [[Dewan Ulamak PAS|Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang]]<ref>https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/13/zakat-dipungut-dari-muslim-diagih-kepada-muslim/</ref>. Beliau merupakan lepasan pengajian syariah dari Universiti di Morocco dan sarjana Universiti al-Bayt Jordan.
 
KELAHIRAN
 
Tokoh ini dilahirkan pada hari terakhir tahun 1971 iaitu tanggal 31 Disember tahun berkenan di Kg Damak, Jerantut Pahang.
 
Bondanya Hajjah Halimah Awang berasal dari Kg Lubuk Kulit, Lipis. Bapanya Mohd Daud Sham yang berasal dari kg Chebong Tembeling adalah merupakan seorang pendidik dan aktivis PAS yang gigih.
 
Ketika menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Cikgu Daud ditukarkan ke sekolah lain yang agak jauh hanya kerana proaktifnya dalam bidang dakwah dan perjuangan PAS.
 
Bukan sekadar ditukar, jawatan guru nesar turut dilucutkan. Segala cabaran itu diharunginya hingga ke akhir hayatnya.
 
PENDIDIKAN
 
Ustaz Zuridan mendapat pendidikan awal di Sek Kebangsaan Jengka 16 dan kemudiannya di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang.
 
Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di
 
Univeristi Hassan 2, Casablanca, Morocco dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1994.
 
Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah pula di perolehi dari Universiti Ali Bait, Jordan pada tahun 1999.
 
PEKERJAAN
 
Pulang ke Malaysia beliau menabur bakti sebagai pensyarah di beberapa buah IPT. Antaranya ialah pensyarah di Pusat Bahasa Arab Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang pada tahun 1994-2004.
 
Pernah memegang jawatan Pengarah Program di International Centre For Islamic Studies Kolej IKIP dan Pengarah Program Berkembar antara Universiti Yarmouk Jordan dan Kolej IKIP pada tahun 2003-2004.
 
Pada tahun 2005 beliau bertugas di Universiti Malaysia Pahang sebagai pensyarah dan memegang jawatan Pengarah Pusat Islam UMP. Namun keinginannya yang tinggi dalam aktiviti dakwah dan perjuangan Islam mendorong beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2014.
 
Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Kg Temin Jerantut yang diasasnya menanti kepulangannya untuk diuruskan sepenuhnya. Di samping itu kerja-kerja jamaah juga dapat dilakukan dengan bebas tanpa terikat dengan sesiapa.
 
DAKWAH DAN PENULISAN
 
Ustaz Zuridan biasa menjadi ahli panel forum dan membentangkan kertas kerja di pelbagai institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Kolej Islam Pahang, Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang Skill Development Centre, Yayasan Pahang, Jabatan Belia, MTBE Gebeng, BASF Gebeng, Intitut Kemahiran Mara Pekan, Pejabat Petronas Dagangan Kuantan, Kolej Pengajian Tinggi Mara Kuantan, Jabatan Agama Islam Pahang, LKPP, FAMA, RISDA, Bank Simpanan Nasional Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang dan sekolah-sekolah di sekitar kuantan dan negeri Pahang.
 
Beliau turut diundang berceramah di Radio PahangFM dalam slot ceramah pilihan dan tazkirah pagi.
 
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku iaitu ‘Tazkirah’ terbitan Universiti Malaysia Pahang, buku ‘Bingkisan Ramadan’ dan ‘Penyucian Jiwa’ terbitan Mustread. Buku Ringkasan al-Qawaid al-Fiqhiyyah’ dan buku ‘Ulama; Menggalas Tuas Para Nabi’ yang diterbitkannya sendiri.
 
POLITIK
 
Di dalam PAS, semenjak bertugas sebagai pensyarah lagi beliau telah diamanahkan jawatan-jawatan penting terutama di dalam Dewan Ulamak PAS Pahang.
 
Beliau juga pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat selain ahli Badan Perhubungan PAS Pahang, pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Pahang dan Timbalan YDP PAS Kawasan Jerantut.
 
MENANG PRU14
 
Dalam PRU ke 14 beliau diamanahkan mewakili parti merebut kerusi DUN Damak.
 
Ustaz Zuridan menang dengan memperoleh 8444 undi menewaskan calon PKR Wong Chun Yuan yang mendapat 6,988 undi dan calon BN Natalie Lim Chong Ly yang hanya mendapat 4,395 sokongan.
 
Dengan pengalaman dan pelbagai kelayakan yang dimiliki, amatlah layak beliau menerajui Dewan tertinggi di dalam PAS Pahang sebagai Ketua Dewan Ulamak.
 
== Rujukan ==