Mak Yong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Undid revision 4569328 by Lebai PAS gatal tak pandai control lancau sendiri (talk) Vandalisme serangan (mobileUndo)
Teg-teg: Buat asal Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Harsyaf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Makyong''' (atau '''Mak Yong''' atau '''Makyung''') merupakan sejenis tarian [[Melayu]] traditional yang berasal dari Pattani dan Kelantan. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di [[Terengganu]], [[Patani]], [[Kelantan]], [[Kedah]], [[Perlis]] serta di Kepulauan Riau - [[Indonesia]].
 
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan [[Islam]] lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Baris 5:
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana [[pawang]] cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
 
Mak Yong telah diharamkan di negeri [[Kelantan]] yang dipimpin oleh parti [[PAS]] pada 1991, dengan alasan "seni ini mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan [[akidah]], seperti pemujaan".<ref>{{Cite news|url=https://soscili.my/mak-yong-mitos-asal-usulnya-dari-kisah-seorang-puteri-dan-seekor-anjing/|title=DAH 26 TAHUN PAS HARAMKAN TARIAN NI, TAPI KENAPA UNESCO MASIH BAGI PENGIKTIRAFAN?|access-date=2018-12-03|work=soscili}}</ref> Walau bagaimanapun, Mak Yong terus mendapat pengikitirafan di persada dunia apabila [[UNESCO]] mengumumkan bahawa Mak Yong diiktiraf sebagai salah satu Karya Agung Warisan Tidak Ketara Kemanusiaan (Intangible Cultural Heritage of Humanity) dari Malaysia pada tahun 2005.<ref>{{Cite news|url=https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/17/5-perkara-mengenai-seni-yang-diharamkan-di-kelantan-makyong/|title=5 perkara mengenai seni yang diharamkan di Kelantan, Makyong|access-date=2018-12-03|work=FMT}}</ref>
 
<!----