Mak Yong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harsyaf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Harsyaf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 44:
Mak Yong berkembang di Indonesia melalui Riau, Lingga, yang pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Johor.
 
Perbezaan dengan Mak Yong yang terdapat di Kelantan yang tidak menggunakan topeng, Mak Yong di Batam dan Bintan menggunakan topeng seperti Mak Yong di Kedah bagi sebahagian watak dayang Raja, Puteri, penjahat, setan, dan semangat, sama seperti yang diamalkan di Nara Yala. Pada akhir abad lepas, Mak Yong bukan sahaja menjadi persembahan harian, tetapi juga sebagai istiadat raja memerintah. Mak Yong juga digunakan bagi merawat orang sakit. Amalan ini tidak lagi diamalkan termasuk di Indonesia. Antara orang terakhir yang mengamalkan Mak Yong bagi merawat pesakit adalah Tuk Atan di Bintan dan Pak Basri di Batam, keduanya telah meninggal. Mak Yong bagaimanapun masih dipersembahkan dengan istiadat di pembuka dan penutup panggung. Mentera yang diamalkan diwarisi dari seorang kepada warisnya. Di Batam dan Bintan masa kini pengiat Mak Yong merupakan generasi ke tiga dan telah wujud hampir selama 150 tahun dan berhadapan ancaman kepupusan.
Kerajaan Indonesia telah mengambil langkah memelihara Mak Yong dengan melancarkan program merakamkan tradisi ini dengan bantuan Persatuan Tradisi Lisan dan membantu kumpulan pengiat Mak Yong meneruskan persembahan mereka dengan bantuan peralatan dan pakaian. Rakaman tersebut disimpan di pejabat Persatuan Tradisi Lisan dan PUSKAT di Jakarta (Yogyakarta).