Amy Ukays: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
lantak lah
Baris 43:
|}
 
'''Azmi bin Hassan''' juga dikenali sebagai '''Amy Ukays(bukan ukays/UK's/UtamaS )/Okay/MIG''' atau '''Amyza''' merupakan seorang pengarah muzik, penerbit, komposer, DJ, pengacara, pemuzik dan penyanyi. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1971 di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Berikut merupakan biodata beliau selaku remaja cun [[Mangga]].
 
== Minat terhadap Muzik ==
'''Azmi Hassan''' atau Amy Uk's mula menunjukkan minat di dalam seni muzik ketika darjah 3 apabila beliau menglibatkan aktviti sekolah seperti bersyair, bersajak, dan berpantun di sekolah. Alat muzik pertama yang dimainkan adalah rekorder. Pada umur 12 tahun beliau mula menunjukkan minat bermain gitar terutama semasa bersama rakan-rakan beliau. Beliau juga akan ponteng sekolah dan bermain gitar di dalam ladang kelapa sawit milik keluarganya. Tambahan pula ketika itu, beliau dihadiahkan gitar oleh seorang penduduk Indonesia yang menetap di Malaysia, maka makin membuak-buak minat beliau bermain alat muzik tersebut. Namun begitu, minat beliau itu tidak disenangi olah kedua ibu bapanya yang ingin beliau menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akibatnya beliau berkali-kali dirotan dan dimarahi ibunya. Bukan itu sahaja, sebarang alat muzik yang dimilikki beliau akan dimusnahkan dan dibakar.
 
Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjaya lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau terkejut dengan pencapaian beliau namun beliau tidak gembira kerana layak ke tingkatan 4. Akhirnya beliau pun berhenti dari sekolah. Selepas itu, beliau menubuhkan beberapa buah kumpulan di kampung bersama rakan-rakan. Di mana mereka menjinakkan diri di kenduri-kenduri kahwin dan majlis rasmi.
Baris 70:
Pada tahun 1998, Ambang Klasik menubuhkan sebuah kumpulan UTAMA yang dianggotai oleh anggota lama Uk's iaitu Amy, Amirul dan Daniel bersama Rahmad bekas vokalis Mega. Amy tidak bersetuju dengan penubuhan kumpulan tersebut. Namun, Amy tetap meneruskan juga. Album mereka bertajuk UTAMA. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan dan album hanya terjual 15,000 unit sahaja. Tidak lama selepas itu, Amy membuat keputusan untuk meninggalkan Utama dan meneruskan kerjaya sebagai komposer.
<gallery>
Fail:utamaUtama.jpg|Kumpulan Utama di bawah Ambang Klasik
</gallery>
 
Baris 83:
== Metrowealth ==
 
Pada tahun 2000, Amy mendapat tawaran berkhidmat di Metrowealth Movie Production sebagai pembantu pejabat dan penjaga skor. Hanya dengan gaji RM1000 sebulan sahaja. Walaupun begitu, beliau cekalkan hati dan meneruskan pekerjaan tersebut. Mr David Teoh merupakan CEO Metrowealth tidak mengenali siapa Amy pada mulanya, Namun, kakitangan Metrowealth mengenali Amy sebagai ahli bekas kumpulan Uk's dan akhirnya diketahui oleh David Teoh. [[Fail:amyteoh.jpg|thumb|Amy, David Teo bersama rakan-rakan|link=Special:FilePath/Amyteoh.jpg]] Disebabkan itu, David Teoh menguji sejauh mana kehandalan Amy di dalam bidang rakaman studio dan muzik. Ketika itu, beliau ditugaskan menjaga vokal Adzrin dan Fazley bagi lagu tema 'Mendam Berahi'. Tugas tersebut sepatutnya dikendalikan oleh Yassin bekas penyanyi nasyid Brothers, namun beliau tidak menghadirkan kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari situ Amy mula mengorak langkah dan diberi kepercayaan oleh David Teoh untuk menguruskan tugas-tugas rakaman muzik dan studio.
Setelah terbukti kemampuan Amy, beliau dinaikkan pangkat sebagai Artist & Repertoire Manager. Beliau juga diberi gelaran 'Anak Emas' David Teoh. Semasa menjadi A&R Manager beliau menjaga banyak artis di bawahnya seperti Waheeda, Giegel, Cico, Maya Karin, Saiful Apek, Erra Fazira dan ramai lagi. Amy menjaga MIG Records dan Metrowealth Movie production. Semasa itu, penjualan album lagu tema mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan album senang untuk dijual. Ini terbukti dengan penjualanan soundtrack Mami Jarum The Movie dengan 15,000 unit.
 
Tidak dijangka, ujian kedua bakal ditempuhi oleh Amy. Di mana, Pengarah Muzik bagi filem Mami Jarum iaitu Mendiang Peter Lim telah meninggal dunia. Maka Amy ditugaskan mengubah muzik bagi filem tersebut menggantikan mendiang. Cabaran itu, merupakan sebuah ujian yang terbesar pernah dialami beliau. Di atas kepercayaan David Teoh dan Prof Razak Mohaideen, Amy menguatkan semangat dan meneruskan juga.[[Fail:amyline.jpg|thumb|Amy bersama Prof Razak, Latif dan Staff Linecalear|link=Special:FilePath/Amyline.jpg]] Tidak disangka percubaan beliau buat kali pertama membuatkan hasil. Hasil kerja beliau amat disukai dan tayangan Filem Mami Jarum mencecah kutipan 3.5 juta sekaligus menaikkan nama Amy sebagai Pereka bunyi dan Pengarah Muzik Filem. Antara filem-filem lain yang telah Amy arahkan adalah Mami jarum junior, Anak Mami, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Jutawan Fakir, dan banyak lagi.
[[Fail:amystudio.jpg|thumb|Keratan akhbar 2011]]
Akhirnya pada tahun 2007, Amy meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya beliau. Selepas itu beliau berkhidmat dengan beberapa syarikat besar iaitu LineClear Motion Pictures, Marina Production, Kru Music Group dan Sri Saheb Sdn Bhd.
Baris 229:
|align="left"|
<gallery>
[[Image:|120px]]
</gallery>
|align="left"|'''''[[Bisa Berbisa - Ukays]]'''''