Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Beberapa tambahan dan perbaikan.
jj
Baris 5:
'''Pengeboman atom [[Hiroshima]] dan [[Nagasaki]]''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: ڤڠبومن اتوم هيروسهيما دان ناڬساکي) merupakan [[peperangan nuklear|serangan nuklear]] yang dikenakan terhadap [[Empayar Jepun]] oleh [[Amerika Syarikat]] di bawah pimpinan [[Presiden Amerika Syarikat|Presiden]] [[Harry S. Truman]] sewaktu [[Perang Dunia II]]. Pada [[6 Ogos]] [[1945]], [[senjata nuklear]] "[[Little Boy]]" dijatuhkan di bandar raya [[Hiroshima]], diikuti pada [[9 Ogos]] [[1945]] oleh pengguguran bom nuklear "[[Fat Man]]" di [[Nagasaki]]. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.
 
Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar kerana berlakunya pemindahan besar-besaran serta bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.<ref name="USSBS AE">[http://www.ibiblio.org/hyperwar/AAF/USSBS/AtomicEffects/AtomicEffects-2.html] transcribed text of the USSBS report on Atomic Bomb Effects from ibiblio.org.</ref> Catatan anggota tentera turut musnah dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan

letupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi daripada 90,000 hingga 140,000 akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul di samping diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.<ref name="USSBS AE" /><ref name="DOE HIRO">[http://www.cfo.doe.gov/me70/manhattan/hiroshima.htm DOE] page on Hiroshima casualties.</ref><ref name="RERF">[http://www.rerf.or.jp/general/qa_e/index.html Radiation Effects Research Foundation] FAQ.</ref> Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.<ref name="DOE HIRO" /> Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan daripada 40,000<ref name="DOE NAGA">[http://www.cfo.doe.gov/me70/manhattan/nagasaki.htm DOE]</ref> hingga 75,000 orang.<ref name="Fox">Rencana [http://www.foxnews.com/story/0,2933,165148,00.html Foxnews].</ref> Di kedua-dua bandar raya, kebanyakan besar yang kematian merupakan rakyat biasa.<ref>Akhbar [[Asahi Shimbun]] Jepun menganggarkan 237,000 orang terkorban di Hiroshima, dan 135,000 di Nagasaki setelah termasuk penyakit akibat kesan susulan berdasarkan data hospital.{{cite book
| author=
|title=The Spirit of Hiroshima: An Introduction to the Atomic Bomb Tragedy