Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
Oleh kerana perkahwinan Salsabila dan Khairyl terbatal,maka mereka harus membayar ganti rugi perbelanjaan dalam mengadakan majlis tersebut. Pak Ali ([[Aman Graseka]]), ayah Salsabila terpaksa menjual geran tanah kepada Shuib ([[Yusri Saleh]]), iaitu orang kaya dikampung mereka demi membayar ganti rugi tersebut. Empat tahun berlalu, Kris sudah menjadi askar berpangkat kapten seperti yang dia impikan. Dia tidak tahu apa terjadi pada Salsabila dan Khairyl. Disangkanya perkahwinan mereka sangat bahagia.
 
Dalam masa empat tahun juga, pelbagai benda terjadi pada mereka sekeluarga. Dato Kameel terlibat dalam kemalangan dan koma selama tiga tahun selepas bertemu dengan seseorang di kampung. Salsabila pula telah kehilangan ayah tercinta dan hidup keseorangan. Dia masih rasa kecewa dengan perbuatan Kris yang menghilangkan diri selepas kejadian di hari perkahwinan mereka. Kris berusaha memikat kembali gadis yang dia dicintai. Salsabila yang kini dalam dilema dan tertekan apabila Shuib menuntut semula bayaran hutang Salsabila sebelum ini. KiniShuib juga mengenakan syarat kepada Salsabila, iaitu sekiranya Salsabila gagal membayar hutangnya itu, Salsabila harus berkahwin dengan Shuib. Disebabkan itu, Salsabila kini terpaksa menerima lamaran Shuib untuk menjadi isteri ketiganya demi membayar semula hutang tersebut lalu berhasrat ingin mendapatkan semula geran tanah miliknya. Kris yang mengetahui akan hal tersebut kemudian menemui Suri ([[Mia Nasir]]), iaitu isteri kedua Shuib dan membayar semua hutang Salsabila kepada mereka dan berjaya mendapatkan semula geran tanah milik keluarga Salsabila. Kris kemudian berpakat dengan Dali ([[Reza Hasbi]]) untuk mengagalkan perkahwinan Salsabila dengan Shuib. Dali berjaya memperdayakan Shuib sementara Kris menikahi Salsabila secara diam-diam. Salsabila yang kini sedar bahawa suaminya adalah Kris kemudian berasa marah dan menuntut cerai daripada Kris namun Kris enggan melepaskan Salsabila lagi. Berkat bantuan Dali dan isterinya, Salsabila memaafkan Kris dan menerimanya semula.
 
==Pelakon==