Haji Muhammad Said: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{refimprove|date=September 2017}}
'''Sheikh Haji Muhammad Said Al Linggi''' adalah seorang ulama yang terkenal di [[Negeri Sembilan]] pada penghujung kurun ke -19 dan awal kurun ke -20. Beliau dilahirkan pada tahun 1874 di Makkah, [[Arab Saudi]]. Ibunya seorang yang berasal dari [[Pattani]], Selatan Thai manakala bapanya ialah Sheikh Jamaluddin Al [[Linggi]] yang berasal dari Negeri Sembilan. Haji Muhammad Said dibawa pulang ke Pattani oleh ibunya ketika berusia tujuh tahun dan dibesar serta mendapat pedidikan agama di Pattani. Ketika berusia 17 tahun dia pergi semula ke Makkah untuk melanjutkan pelajarannya.
 
Beliau pulang semula ke Tanah Melayu ketika berumur 30 tahun dan mengambil keputusan menetap di Kampung [[Ampangan]], Seremban, Negeri Sembilan. Mulai itu dia membuka kuliah mengajar agama secara pondok disampingdi samping pergi memberi ceramah dan kuliah di segenap ceruk rantau. Selain mengajar agama, Sheikh Muhammad Said juga mengarang kitab-kitab agama. Beliau juga adalah seorang guru dan pengamal [[TariqatTareqat Ahmadiah]].
 
Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 ketika berusia 52 tahun dan dikebumikan di Seremban. Sehingga sekarang kawasan perkuburan itu dinamakan Makam Tuan Haji Said. Sebuah sekolah dinamakan menurut namanya iaitu [[Sekolah Menengah Agama Sheikh Muhammad Said]] di [[Seremban]].