Lionel Messi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
Tiga musim dengan kejayaan yang dikecapi, dengan Messi memenangi tiga penganugerahan [[FIFA Ballons d'Or]] berturut-turut, termasuklah yang keempat. Kempen peribadi terbaik beliau adalah pada musim 2011-12, di mana beliau mencatatkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak untuk La Liga dan di peringkat Eropah dalam satu musim, disertai dengan penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dalam perlawanan rasmi pada bulan Mac 2012. Dua musim berikutnya menyaksikan Messi bergelut dengan beberapa siri kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua di belakang [[Cristiano Ronaldo]] untuk anugerah Ballon d'Or, yang juga merupakan pesaing terdekatnya. Messi kemudiannya mendapat kembali sentuhan tajamnya pada musim 2014-15, memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam La Liga dan Champions League pada bulan November 2014, dan membantuk Barcelona mendapatkan kejuaraan ''treble'' kedua.
 
Sebagai pemain bola sepak kebangsaan Argentina pula, Messi merupakan penjaring gol terbanyak negara. Di peringkat belia, beliau memenangi [[Piala Dunia B-20 FIFA|Piala Dunia Remaja FIFA]] 2005, bersama dengan anugerah kasut emas dan bola emas, memenangi pingat emas dalam acara bola sepak [[Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2008|Sukan Olimpik 2008]]. Selepas melakukan debut senior pertama beliau pada bulan Ogos 2005, Messi merupakan pemain Argentina termuda untuk bermain dan menjaringkan gol semasa kejohanan [[Piala Dunia FIFA 2006]] berlangsung, dan mara ke perlawanan akhir [[Copa América 2007]], di mana beliau dinamakan sebagai pemain muda terbaik kejohanan. Messi diberi penghormatan sebagai kapten pasukan kebangsaan pada bulan Ogos 2011, dan sejak itu beliau memimpin pasukan Argentina untuk tiga perlawanan akhir berturut-turut; [[Piala Dunia FIFA 2014]], di mana beliau juga memenangi anugerah bola emas, serta kejohanan Copa América [[Copa América 2015|2015]] dan [[Copa América 2016|2016]]. Beliau dilabel sebagai "pemain terbaik sepanjang zaman" oleh beberapa lagenda bolasepak.
 
== Kehidupan awal ==