Kolej Melayu Kuala Kangsar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
// Edit via Wikiplus
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
|footnotes =
}}
'''Kolej Melayu Kuala Kangsar''' (lebih dikenali [[Malay College]], [[MCKK]], MC atau ''Koleq'', dan kadangkala ''Eton of the East'') atau ([[bahasa Inggeris|Inggeris]]: ''The Malay College Kuala Kangsar''), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki di [[Malaysia]]. Sekolah ini terletak di [[Kuala Kangsar|Bandar DiRaja Kuala Kangsar]], [[negeri Perak|Perak]]. Moto sekolah, ''Fiat Sapientia Virtus'' adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud ''Kebijaksanaan Mutu Manusia''.
 
==Sejarah==
Baris 34:
 
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan [[nasionalisme]] orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
 
Seorang graduan [[Universiti Oxford]] yang berasal dari [[Ireland]], William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa [[Melayu]] diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
 
[[imej:Kolej Melayu Kuala Kangsar besi.jpg|thumb|right|Lencana besi asal.]]
==Infrastruktur==
Bangunan ''overfloor'' (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan ''Prep School'' (dibina pada 1913) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan ''Overfloor'', mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.
 
Pada tahun 1955, bangunan ''West Wing'' dan ''East Wing'' ditambah kepada ''Overfloor'' untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai ''Asrama Besar'' (''Big School''). Pada tahun yang sama, ''Blok Pentadbiran'' dan ''Menara Jam'' juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , ''Pavilion'' dan pada tahun 1972, ''Asrama Baru'' (''New Hostel'') dibina.''Pavilion'' dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala ''Asrama Baru'' dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.
 
Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah ''Big Tree'', sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur ''Overfloor'', yang berusia lebih tua daripada bangunan ''Overfloor'' sendiri.
 
==Sukan==
 
Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan ''Asrama Besar'' ( Big School ) yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan ''Asrama Baru'' dan padang serbaguna di ''Blok Pentadbiran''. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang ''Eton Fives'' di Malaysia, dan permainan ini telah dikembalikan semula hasil bekas pelajar.
 
Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.
 
Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang [[Kolej Vajiravudh]], sebuah sekolah elit di [[Thailand]]. Perlawanan ini diadakan di [[Bangkok]] pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama [[Maktab Tentera DiRaja]], dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
 
== Alumni ==
Baris 62 ⟶ 52:
* [[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Sultan Azlan Muhibbuddin Shah]] – Agong ke-9 & Sultan Perak ke-34
* [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar]] – Agong ke-10 & [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]] ke-10
* Dato' [[Onn Jaafar]] – [[Menteri Besar Johor]] ke-7 & pengasas UMNOUMN
* [[Tan Sri Hamzah bin Dato' Abu Samah]]-[[Malaysian Politician and Athlete who served as President of Asian Football Confederation from 9 December 1978 to 1 August 1994]]
* Dato' [[Onn Jaafar]] – [[Menteri Besar Johor]] ke-7 & pengasas UMNO
* [[Abdul Razak Hussein|Tun Abdul Razak Dato' Hussein]] – [[Perdana Menteri Malaysia]] kedua
* Dato [[Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz]] – [[Menteri Besar Perak]] pertama
* Dato' Seri Hj Wan Mohamed B. Hj Wan Teh(Menteri Besar Perak ke-5(1977-1983)
* Tun [[Abdul Aziz Abdul Majid]] – [[Yang di-Pertua Negeri Melaka]] ke-3
* Tun [[Mohd Khalil Yaakob]] – [[Menteri Besar Pahang]] ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka kini
* Dato Haji [[Raja Kamaruddin bin Idris]] - [[Menteri Besar Terengganu]] ke-5
* [[Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad]] - [[Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang]] pertama
* [[Sultan Omar 'Ali Saifuddien III]], [[Sultan Brunei]] ke-28
* Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi
* Tun [[Mohammed Hanif Omar]] - bekas [[Ketua Polis Negara Malaysia]]
* Dato' Seri [[Anwar Ibrahim]] - [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] ke-7 & Ketua Umum [[Parti Keadilan Rakyat]]
* [[Hishamuddin Rais]] - aktivis sosial
* Dato' Seri [[Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]] – bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* Dato' [[Shahrir bin Abdul Samad]] - bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
* Dato' [[Fauzi Abdul Rahman]] - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* Tan Sri [[Sanusi Bin Junid]] - [[Menteri Besar Kedah]] ke-7 & presiden [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia|UIAM ke-4]]
* Datuk [[Abdullah Ahmad]] - Wakil Khas Malaysia ke [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]]
* Dr Hj [[Mohd Hatta Ramli]] - Ahli Parlimen [[Parti Amanah Negara]]
* Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat
* Tan Sri [[Musa Mohamad]] - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia
* Dato [[Muhammad Abdullah]] -[[Undang]] Luak [[Johol]] Ke-15 [[Negeri Sembilan]]
* Dato Seri [[Hishammuddin Hussein]] - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia
* Dato Seri [[Mohd Effendi Norwawi]] - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* Tan Sri [[Yahaya Ahmad]] - bekas pengerusi DRB-Hicom
* Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat
* Tan Sri [[Hassan Merican]] - bekas CEO Petronas
* Tan Sri [[Saleh Sulong]] - bekas Pengerusi DRB-Hicom
* Tan Sri [[Halim Saad]] - Pangasas [[Kolej Yayasan Saad]]
* Tan Sri Dato' [[Azman Mokhtar]] - Pengarah Urusan Khazanah Berhad
* Datuk Dr. Hj. [[Mohd Fadzilah Kamsah]] - Perunding Motivasi terkenal
* Dato' FD Iskandar Mansor - Pengarah Urusan GLOMAC Berhad
* [[Ishak Haji Muhammad]] - penulis & nasionalis
* Dr. Hj. [[Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari]] - bekas ADUN Senggarang
* Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak
* YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih
* Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar - Pengarah Perundangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
* YB [[Rafizi Ramli]] - bekas Ahli Parlimen Pandan
* YB [[Nik Nazmi bin Nik Ahmad]] - Ahli Parlimen
 
==Tradisi==