Perbezaan antara semakan "Song Ji-hyo"

2,816 bait dibuang ,  9 bulan lalu
 
Pada tahun 2007, beliau muncul di dalam filem komedi, ''Sex Is Zero 2''. Song juga merupakan pengacara program muzik, ''[[Inkigayo]]'' bersama-sama ahli [[Super Junior]], [[Kim Heechul]] bermula 11 November 2007 sehingga 4 Mei 2008. Pada bulan Disember 2008, beliau melakonkan watak Ratu di dalam filem arahan Yoo Ha, ''A Frozen Flower'' yang merupakan salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada tahun itu. Beliau kemudiannya menerima pencalonan Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke–45.
 
===2010–2014===
[[File:Song Ji Hyo (3).jpg|180px|thumbnail|right|Song Ji-hyo pada bulan Mac 2011]]
Song telah dijemput untuk menyertai rancangan aneka ragam ''[[Seoul Broadcasting System|SBS]]'', ''[[Running Man]]'' oleh Kim Joo Hyung PD (aka Myeok PD) yang bekerja dan rapat bersama Song semasa beliau mengacara ''[[Inkigayo]]''. Beliau pada asalnya merupakan seorang tetamu jemputan untuk episod 2 sehingga episod 5. Beliau secara rasmi menyertai dan menjadi ahli rancangan aneka ragam ini semasa episod 6 tetapi tidak dapat hadir sehingga episod 7.<ref>{{Cite news|url=http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201008160901151001|date=16 Ogos 2010|publisher=''Newsen''|script-title=ko:송지효 ‘런닝맨’ 예능감 작렬 "고정출연 해달라" 시청자 요구 봇물 |accessdate=29 November 2010|language=ko}}</ref>
 
Song menyertai C-JeS Entertainment pada awal tahun 2011. Beliau kemudiannya muncul di dalam filem arahan Choo Chang-min, ''[[Late Blossom]]''. Pada bulan Mac 2011, beliau melakonkan watak seorang pemberita di dalam drama ''[[Detectives in Trouble|Crime Squad]]'' yang juga dibintangi oleh Song Il-gook dan [[Lee Jong-hyuk]]. Pada bulan Julai 2011, beliau melakonkan watak Eun-go, Ratu kepada Raja Uija di dalam drama sejarah, ''[[Gye Baek (siri TV)|Gyebaek]]''. Beliau memenangi Anugerah Penerbit di Anugerah Drama MBC. Beliau juga muncul di dalam dua muzik video: "In Heaven" oleh JYJ dan "It’s Nothing Serious" oleh Young Jee.
 
Pada tahun 2012, Song membintangi bersama-sama [[Kim Jae-joong]] di dalam filem ''[[Code Name: Jackal]]'' dimana beliau melakonkan watak seorang pembunuh upahan.<ref>{{cite news|last=Ho|first=Stewart|title=Song Ji Hyo Begins Filming For Her Movie With Kim Jae Joong|url=https://web.archive.org/web/20170203163558/http://mwave.interest.me/en/kpop-news/article/6911/song-ji-hyo-begins-filming-for-her-movie-with-kim-jae-joong|accessdate=10 Mac 2018|newspaper=enewsWorld|date=18 Mei 2012|agency=CJ E&M}}</ref> Pada tahun 2013, Song menyumbangkan suara untuk watak Lulu di dalam filem animasi ''Maritime Police Marco'' yang juga dibintangi [[Lee Kwang-soo]]. Pada bulan Februari 2013, beliau melakonkan watak seorang detektif di dalam filem ''New World''. Pada bulan April 2013, beliau membintangi bersama-sama [[Lee Dong-wook]] di dalam drama sejarah [[Korean Broadcasting System|KBS]], ''[[The Fugitive of Joseon]]''.
 
Pada bulan Januari 2014, Song membintangi drama romantik komedi [[TVN (Korea Selatan)|tvN]], ''[[Emergency Couple]]'' bersama-sama [[Choi Jin-hyuk]]. Drama ini mencapai kejayaan komersial dan hak penyiaran dijual kepada sembilan negara. Semasa musim luruh tahun 2014, Song berkolaborasi bersama NBA dimana beliau mengeluarkan siri topi "CHO.2". Pada 19 Ogos 2014, Banila Co. memilih Song sebagai model untuk jenama kosmetik tersebut.
 
==Filemografi==
28,560

suntingan