Perbezaan antara semakan "Song Ji-hyo"

2,052 bait dibuang ,  9 bulan lalu
==Kehidupan awal==
Song Ji-hyo lahir dengan nama Cheon Seong-im di [[Pohang]], [[Gyeongsang Utara]] pada 15 Ogos 1981. Beliau mempunyai seorang adik lelaki bernama Cheon Seong-moon dan seorang adik perempuan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Daerim, Sekolah Menengah Hwagye dan Sekolah Tinggi Konvensyen Ilsan. Song bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon selepas menonton [[Park Shin-yang]] di dalam filem tahun 2008, ''Promise''.<ref>{{cite news|author=J. Kim|url=https://www.soompi.com/2013/01/15/song-ji-hyo-dreamed-of-becoming-an-actress-because-of-park-shin-yang/#.Ur55lvQW2So|title=Song Ji Hyo Dreamed of Becoming An Actress Because of Park Shin Yang|work=Soompi|date=15 Januari 2013|accessdate=10 Mac 2018|language=}}</ref> Beliau menamatkan pengajian dengan ijazah dalam bidang percukaian dan perakaunan dari Universiti Kyungmoon (sekarang dikenali sebagai Kolej Kookje) yang terletak di [[Pyeongtaek]], [[Gyeonggi]]. Sebelum menceburi bidang lakonan, ia telah didedahkan bahawa Song telah dipilih untuk berlakon ketika bekerja separuh masa di sebuah kafe.<ref>{{cite news|author=lahkim|url=https://www.soompi.com/2015/09/06/song-ji-hyo-reveals-how-she-entered-the-industry/|title=Song Ji Hyo Reveals How She Entered the Industry|work=Soompi|date=6 September 2015|accessdate=10 Mac 2018|language=}}</ref>
 
==Kerjaya==
===2001–09===
Sebelum kemunculan pertama Song sebagai seorang pelakon, beliau merupakan seorang model untuk Majalah Kiki. Beliau memilih "Song Ji-hyo" sebagai nama pentasnya, inspirasi dari dua pelakon terkenal, [[Song Seung-heon]] dan [[Song Hye-kyo]]. Song kemudiannya muncul di dalam video muzik Lee Soo-young untuk lagu "And I Love You" dan JTL untuk lagu "Just Say Goodbye". Beliau juga membuat penampilan kameo di dalam drama ''[[Age of Innocence (siri TV)|Age of Innocence]]''.
 
Song membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem seram tahun 2003, ''Wishing Stairs'' dimana beliau melakonkan watak seorang pelajar yang mempelajari tarian balet. Beliau menerima pencalonan Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon ke–24 untuk persembahan lakonannya di dalam filem ini. Beliau kemudiannya membintangi filem thriller jenayah tahun 2004, ''Some'' bersama-sama [[Go Soo]].
 
Pada tahun 2006, Song mula terkenal selepas muncul di dalam drama romantik komedi [[Munhwa Broadcasting Corporation|MBC]], ''[[Princess Hours]]'' dimana beliau melakonkan watak seorang penari balet yang bercita-cita untuk menjadi seorang ballerina. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Lady Ye So-ya di dalam drama sejarah, ''[[Jumong (siri TV)|Jumong]]''. Drama ini mencapai kejayaan komersial dengan rating tontonan tertinggi diantara semua drama Korea yang disiarkan pada tahun 2006. Song kemudiannya menerima pencalonan Pelakon Baru Wanita Terbaik di dalam Siri Televisyen di Anugerah Seni Baeksang ke–43.
 
Pada tahun 2007, beliau muncul di dalam filem komedi, ''Sex Is Zero 2''. Song juga merupakan pengacara program muzik, ''[[Inkigayo]]'' bersama-sama ahli [[Super Junior]], [[Kim Heechul]] bermula 11 November 2007 sehingga 4 Mei 2008. Pada bulan Disember 2008, beliau melakonkan watak Ratu di dalam filem arahan Yoo Ha, ''A Frozen Flower'' yang merupakan salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada tahun itu. Beliau kemudiannya menerima pencalonan Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke–45.
 
==Filemografi==
28,560

suntingan