Hormon tumbuhan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 8:
=== Asid absisik ===
[[Asid absisik]] berperanan penting dalam penghambatan pertumbuhan tumbuhan. Selain itu, asid ini juga berperanan dalam penutupan [[stoma]] ketika tumbuhan mengalami kehilangan air.
 
=== Asid salisilik ===
[[Asid salisilik]] ialah hormon yang berbentuk seperti [[fenol]], dan berperanan dalam pertahanan tumbuhan menentang patogen biotropika. Asid salisilik mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan kerana asid salisilik ialah pelopor kepada [[aspirin]].
 
=== Auksin ===
[[Auksin]] ialah jenis hormon pengawal pertumbuhan pertama yang ditemui. Auksin berperanan dalam pembesaran sel dan penjanaan pucuk serta akar. Auksin, bersama-sama sitokinin, mengawal pertumbuhan batang, akar, dan tumbuhan serta berperanan dalam penjanaan bunga.
 
=== Brasinosteroid ===
[[Brasinosteroid]] ialah satu-satunya kumpulan hormon tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan [[steroid]]. Brasinosteroid mengawal pemanjangan dan pembahagian sel, [[gravitropisme]], ketahanan terhadap tekanan dan pembezaan [[xilem]].
 
=== Etilena ===
Baris 17 ⟶ 23:
=== Giberelin ===
[[Giberelin]] yang merangkumi pelbagai jenis hormon kimia berfungsi dalam pemanjangan batang, percambahan, perkembangan bunga, dan penuaan daun serta buah.<ref name=":2">{{cite journal|date=2015|title=A Century of Gibberellin Research|journal=Journal of Plant Growth Regulation|volume=34|issue=4|pages=740–60|doi=10.1007/s00344-015-9546-1|pmc=4622167|pmid=26523085|vauthors=Hedden P, Sponsel V}}</ref>
 
=== Jasmonat ===
[[Jasmonat]] berperanan penting dalam tindak balas tumbuhan terhadap serangan oleh [[herbivor]] sertaa patogen. Jasmonat yang paling utama ialah [[asid jasmonik]].
 
=== Sitokinin ===
[[Sitokinin]] mengawal pembahagian sel tumbuhan dan penghasilan pucuk, serta melambatkan penuaan tisu tumbuhan. Sitokinin, bersama-sama etilena, menghalang penguasaan apeks oleh auksin, dan berperanan dalam penuaan buah, bunga dan daun.
 
== Rujukan ==