Perbezaan antara semakan "Astro Shaw"

44 bait dibuang ,  4 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
==Sejarah==
 
=== Astro Shaw dan Tayangan Unggul ===
Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw dan [[Tayangan Unggul]], tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1988 bertajuk [[Nafas Cinta]]. Filem yang dibintangi oleh [[Awie (penyanyi)|Awie]] itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem [[The Journey]] yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.
 
Pada tahun 2014 pula, [[Maindhan]] menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan ''box office'' tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem [[Vedigundu Pasangge]] pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.
Pengguna awanama