Erythrina caffra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Erythrina caffra"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:28, 15 Februari 2020

Erythrina caffra, pokok dedap pantai atau pokok dedap Afrika ialah suatu pokok yang asli di tenggara Afrika yang juga ditanam di India.[1]

Maklumat

 
Pokok dedap pantai

Erythrina caffra ialah pokok bersaiz sederhana ke besar yang meluruhkan daunnya mengikut musim. Ia tumbuh di semak-samun pantai dan hutan pinggir sungai di sepanjang persisiran tenggara Afrika Selatan ke negeri Zulu.

Daun

 
Daun Erythrina caffra

Daun pokok dedap pantai mempunyai tiga anak daun. Setiap satu berbentuk sedikit bujur. Anak daun ini tidak mempunyai duri dan bulu.

Bunga

 
Bunga Eryhtrina caffra

Bunga pokok dedap pantai mempunyai satu ibu kelopak dan empat anak kelopak. Ibu kelopak melentik ke belakang dan mendedahkan stamen. Warna bunga ini adalah merah lembayung ke merah menyala. Ini merupakan beza di antara Erythrina caffra dan Erythrina lysistemon. Bunga tersebut membentuk rasem aksil yang dapat mencecah panjang sebanyak 100mm.

Batang pokok

 
Batang pokok Erythrina caffra

Batang pokok bertetal licin dengan sedikit duri. Dahan yang lebih muda mempunyai duri yang lebih tanjam.

Galeri

Rujukan

  1. ^ "Erythrina caffra". ILDIS World Database of Legumes, version 10.01.

Pautan luar